8 Jul 2017

Assalamualaikum w.b.t



Incident yang berlaku dengan mata aku. Lepas balik kerja (Intern) janji dengan akak aku nak jumpa. Macam biasa memang duduk kat KL ni kitaorang fully utilize public transport. Nak jalan mana-mana memang akan guna public je. Lepas tunai hajat nak makan ayam goreng McD, kitaorang jalan-jalan kat area jalan TAR dan sekitar masjid Jamek. 

Tengok jam dah nak dekat pukul 6 pergi KLCC kejap nak singgah solat. Dalam LRT dari Masjid Jamek ke KLCC memang ramai gila orang kat dalam tu. Sebabnya time tu LRT yang 2 koc, jadi memang berhimpitlah laki pempuan dalam tu. Nak sampai stesen KLCC dah macam lega sikit. Ada sorang Pak cik ni (Tengok Muka Macam Melayu) bukan main nak bertempek dengan Sister sorang ni. Fisrt, aku ingat ayah dia sebab memang dan berusia. Tapi, bila sister ni beralih tempat, pak cik ni pon makin rapat. Sumpah kesian kat perempaun ni. Aku sempat tengok pak cik ni, senyum melerek dia. 

Jadi, ini salah satu gangguan yang mungkin dihadapi oleh golongan Hawa samaada secara sedar atau tak sedar. Jadi buat, adik-adik, akak-akak, mak cik-mak cik tolong perhatian jarak anda dengan golongan yang suka mengambil kesempatan. Jangan jadikan diri anda semua mangsa keaadaan yang senang-senang lelaki dajjal diluar sana untuk amik kesempatan. Jadi, Golongan Hawa Tolong Berwapada Dalam LRT. 

7 Jul 2017

Assalamualaikum w.b.t


BAHAN UNTUK KULIT
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
BAHAN UNTUK INTI POPIA
1/2 biji kobis - di racik halus
3 biji sederhana besar carrot - di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
CARA MENYEDIAKAN KULIT
1Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sekurang - kurangnya 1/2jam.
2Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam. Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
3Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar.
4Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis - lapis ia tak melekat.
CARA MENYEDIAKAN INTI POPIA
1Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
2Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
3Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.
4Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu.

p/s : Sangat-sangat mudah bukan? Selamat mencuba buat semua. Resepi ini diambil dari resepimudah.com

5 Jul 2017

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada


Resepi Ikan Keli Goreng Berlada | Lauk favorite yang selalu menjadi pilihan seorang Ikhwan Yusuff. Sebelum menjadi lauk kegemaran aku memang pantang dengan ikan keli. Maksudnya tak makan. Tapi bila perkena sekali terus melekat. Jadi dalam slot resepi kali ni, 'chef' nak share Resepi Ikan Keli Goreng Berlada yang simple dan sedap! Selamat mencuba. Sumber daripada Resepi Mudah


Resepi Keli Goreng Berlada.

Bahan-Bahan
  • Ikan Keli (Bilangan mengikut Saiz Hidangan (5 ekor)
  • Air Asam Jawa
  • Serbuk Kunyit
  • Minyak Masak
  • Bahan Perasa secukupnya
Bahan-Bahan Kisar (Ikut Saiz Hidangan)
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang Besar
  • 5 biji cili merah + Cili padi (bagi mereka yang suka pedas)

Cara Penyediaan Keli Goreng Berlada.

  • Siang Ikan keli dan cuci sebersihnya. 
  • Gaulkan ikan keli dengan serbuk kunyit bersama garam secukup rasa. Biarkan seketika.
  • Goreng ikan keli tersebut sehingga garing dan toskan minyak
  • Guna minyak yang sama. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing dan naik bau.
  • Masukkan sedikit air asam jawa dan tambah air jika perlu.
  • Masukkan bahan perasa secukupnya dan gaul rata
  • Masukkan keli yang telah digoreng dan gaul bersama dengan tumisan lada sehingga rata
  • Angkat dan siap untuk dihidang. :D

4 Jul 2017

Assalamualaikum w.b.t



Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia | Scroll Facebook terjumpa post ni. Rasanya suatu info yang berguna untuk dikongsikan buat masyarakat diluar sana. Salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah sendiri. Sejajar dengan kadar harga hartanah yang kian meningkat, rasanya peluang ini patut diambil oleh setiap orang. 


Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia 

Harga – RM65K*
Subsidi kerajaan – RM20K
Yang perlu dibayar – RM45K*
Kalau buat loan 20 tahun – RM150* sahaja tiap bulan
* harga semasa sila rujuk spnb


Ciri Ciri Rumah Mesra Rakyat di Semenanjung Malaysia

  • Mempunyai keluasan 1,000 kps dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 tandas
  • Harga rumah adalah RM 65,000
  • Subsidi kerajaan adalah RM 20,000
  • Feadah pinjaman dari bank dengan subsidi kerajaan sebanyak 2%
  • Jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada pihak bank

Ciri Ciri Rumah Mesra Rakyat di Sabah dan Sarawak

  • Mempunyai keluasan 700kps, 3 bilik dan 2 tandas
  • Harga rumah bermula dengan RM68,000 hingga ke RM 79,000
  • 1/3 pinjaman disubsidi Kerajaan
  • Baki dibayar balik tanpa feadah


Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia


1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Masa apply kat SPNB bagitau nak design yang mana satu. (Kalau nak print gambar ni silakan)
Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di spnbmesra


Permohonan Offline

Borang Permohonan boleh didapati di sini. BORANGRMR. Borang boleh dihantar sendiri kepada SPNB ataupun cawangan SPNB yang terdekat.
Assalamualaikum w.b.t

Permohonan Zakat Maidam Untuk Anak Terengganu 2016



SYARAT UNTUK DIPLOMA DAN DEGREE


  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Terengganu Melebihi 3 Tahun
  • Boleh memohon walaupun mempunyai pinjaman atau pembiayaan
  • Pointer GPA semester pertama (Tahun Semasa) 2.5 ke atas
  • Tiada sumber pendapatan/tidak bekerja. 

SYARAT UNTUK SIJIL/MASTER/PHD


  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Terengganu melebihi 3 Tahun
  • Tiada pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/Mybrain
  • Tiada sumber pendapatan/Tidak bekerja 

Permohonan Zakat MAIDAM untuk pelajar IPT

  • Tempoh permohonan : Julai-31 Ogos 2017
  • Permohonan perlu di hantar ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing
  • Cara untuk memohon : Maidam Terengganu



3 Jul 2017

Assalamualaikum w.b.t

Transformers : The Last Knight (2017)

Transformers : The Last Knight (2017)  | Sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat transformer yang setia menonton dari filem pertama transformer. 



Sinopsis Transformer: The Last Knight (2017)

Humans are at war with the Transformers, and Optimus Prime is gone. The key to saving the future lies buried in the secrets of the past and the hidden history of Transformers on Earth. Now, it’s up to the unlikely alliance of inventor Cade Yeager, Bumblebee, an English lord and an Oxford professor to save the world.