Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Feb 19, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Perbezaan Antara Matrikulasi, Asasi dan Tingkatan 6 (Pra-Universiti)


Sedikit perkongsian dengan adik-adik sekalian. Memandangkan keputusan SPM bakal diketahuan dalam masa terdekat, mungkin ada yang keliru untuk menyambung pelajaran di peringkat Asasi, Matrikulasi, dan tingkatan 6 (PraU). Mana yang terbaik untuk korang pilih sebelum melangkah ke peringkat seterus. Entri ini bukan untuk membanding mana-mana Institusi kerana belajar di mana-mana adalah sama. Yang membezakan hanyalah semangat kita untuk belajar. 

PUSAT ASASI

Biasanya dikendalikan di bawah universiti awam/swasta. Apa yang menarik mengenai program Asasi, pelajarnya sudah bernaung di bawah Universiti tersebut. Senang kata, sebelah kaki dah confirm ke universit tersebut. Antara Universiti awam yang memilik program Asasi meraka adalah:

1- Universiti Malaya (UM)
2- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3- Universiti Putra Malaysia (UPM)
4- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
5- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Yuran untuk setiap sem mengikut universiti masing-masing. Tempoh pembelajaran pula, ada 1 tahun, 1 setengah tahun dan paling lama 2 tahun. Biasanya, setiap semester kementerian Pelajaran Tinggi akan memperuntukkan elaun sebanyak RM1,250. Dan setiap Sem tempoh masa 4-5 bulan. Yuran pengajian dan penginapan bergantung kepada universiti masing-masing. Syarat-syarat kelayakan akan diambil kira berdasarkan keputusan SPM. 

Bermula tahun 2016, sijil Asasi telah diiktiraf untuk memohon perkerjaan di dalam negara.


Program Matrikulasi

Program Matrikulasi KPM merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka untuk mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta. 

Biasanya tempoh pembelajaran ini Matrikulasi terbahagi kepada dua; satu tahun dan 2 tahun. 

Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains, Jurusan Perakauanan dan Jurusan Meknikal. Berkenaan dengan yuran pengajian.

Jurusan Sains
  1. Program Satu Tahun : RM580
  2. Kolej MARA : RM500
  3. Program Dua Tahun : RM580
Jurusan Perakaunan
  1. Program Satu Tahun : RM530
  2. Kolej MARA : RM500
Aliran Teknikal
  • Program Satu Tahun : RM580

Mereka yang berjaya score berpeluang cerah untuk memohon course yang diminati, akan tetapi pelajar yang 'sederhana' berkemungkinan sukar untuk mendapatkan course yang diminati biasanya disebut 'dilelong'.

Program Tingkatan 6 (Pra-Universiti)

Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam (lulus SPM dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan perlu memenuhi syarat khas yang lain) akan ditawarkan secara automatik. Pelajar tidak perlu memohon. Kepada mereka yang tidak mendapat tawaran, pelajar boleh membuarayuan kemasukan dalam tempoh rayuan yang telah ditetapkan oleh KPM. Jurusan yang ditawarkan adalah Jurusan Sains dan Jurusan Kemanusiaan. 


Kelebihan Tingkatan 6


Berikut diantara kelebihan memasuki Tingkatan 6 :- 
  • Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

Ada yang berpendapat, pelajar tingkatan 6 mudah diterima masuk ke universiti awam berbanding dengan Matrikulasi.

Feb 9, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Aug 27, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Berikut beberapa Poster Hari Kemerdekaan 2016 yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti mewarna sempena Bulan Kemerdekaan ini. Seperti yang sedia maklum, rasanya tak lengkap jika aktiviti melukis dan mewarna tidak dipertandingkan. Jadi di bawah merupakan contoh poster yang boleh digunakan oleh guru-guru mahupun agensi-agensi luar sebagai bahan pertandingan.

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Poster Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 2016

Ini merupakan beberapa contoh poster kemerdekaan untuk pertandingan mewarna.Jadi, bagi memudahkan anda semua, download poster di atas pada pautan di bawah. Download Poster Mewarna Hari Kemerdekaan 2016.

Jul 24, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Soalan Lazim Temuduga Penolong Jurutera Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


Sedikit perkongsian dengan sahabat sekalian khas untuk kalian yang bakal menghadiri temuduga untuk jawatan Penolong Jurutera SPA. Aku berkesempatan teman seorang kawan yang menghadiri temuduga Penolong Jurutera SPA. Jadi, alang-alang dah ikut aku tanyalah soalan apa yang ditanya oleh penemuduga. Sebelum tu, nk share sikit, lama tak kita di interview?? Apa yang aku perhatikan, minimum masa yang diambil calon dalam 15minit. Ada juga lebih 30minit dalam bilik interview tu. Jadi, ianya bergantung pada korang semua. Kalau yang jenis banyak cakap memang lama lah. Kalau jenis sepatah penemuduga tanya, sepatah dia jawab memang kurang daripada 15minit. 

  • Penemuduga suruh kenalkan diri : Jadi korang kenalkan diri korang. Ceritalah latar belakang korang dan masukkan terus pengalaman yang korang ada.
  • Untuk kawan aku, masa SPM dia ada memohon jawatan Pembantu perubatan. Dan penemuduga tu tanya, "boleh ke masuk dalam bidang kejuruteraan sebab tengok daripada list permohonan ni awak banyak minta dalam bidang perubatan? " Biasanya, akan ada seorang wakil daripada SPA sendiri yang menemuduga calon. Jadi, segala maklumat yang korang apply akan ada dalam tangan wakil ni. Jadi pandai-pandailah korang jawab.
  • Seterusnya, soalan perkaitan dengan pengalaman korang. Contohnya, korang tulis kat Resume selalu handle projek pembinaan jalan raya. Jadi, berkemungkinan penemuduga akan tanya pasal jenis-jenis premix jalan etc. Jadi, pastikan korang bersedia menjawab soalan sebegini.
  • Last, sebelum sesi interview tu tamat, korang akan diberi peluang untuk tanyakan sebarang soalan. Jadi, korang bolehlah sediakan soalan-soalan yang korang nak tanya. Jangan dibiarkan tak bertanya.
Ini antara soalan yang ditanya kepada kawan aku. Pastikan korang betul-betul prepare untuk soalan yang mungkin diluar jangkaan korang. Korang boleh baca Tips dan Panduan Temuduga ni. Akhir kata, selamat maju jaya! ^^

Jul 17, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Permohonan Zakat Maidam Untuk Anak Terengganu 2016


Beritu baik untuk anak-anak Terengganu yang masih belajar di mana-mana IPT dalam negara. Alhamdulillah, pihak MAIDAM Terengganu membuka peluang untuk anak-anak Terengganu dalam sumber kewangan unuk membantu meringankan kos pengajian Khas untuk anak-anak Terengganu. Berikut adalah syarat-syarat memboleh seseorang itu memohon Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM.

SYARAT UNTUK DIPLOMA DAN DEGREE


  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Terengganu Melebihi 3 Tahun
  • Boleh memohon walaupun mempunyai pinjaman atau pembiayaan
  • Pointer GPA semester pertama (Tahun Semasa) 2.5 ke atas
  • Tiada sumber pendapatan/tidak bekerja. 

SYARAT UNTUK SIJIL/MASTER/PHD


  • Beragama Islam
  • Bermastautin di negeri Terengganu melebihi 3 Tahun
  • Tiada pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/Mybrain
  • Tiada sumber pendapatan/Tidak bekerja 

Permohonan Zakat MAIDAM untuk pelajar IPT

  • Tempoh permohonan : 15 Julai-31 Ogos 2016
  • Permohonan perlu di hantar ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing
  • Cara untuk memohon : Maidam Terengganu



Jul 16, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Contoh Soalan Bahasa Melayu PT3 Seluruh Negeri 2016 [Download]


Khas untuk adik-adik yang bakal berdepan dengan Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Berikut adalah contoh Soalan Percubaan PT3 bagi setiap negeri-negeri di Malaysia. Semoga Bahan ini mampu membantu anda semua untuk mencapai keputusan cemerlang. Selamat maju jaya.





Jul 15, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Mathematics Notes For Matriculation : Semester 2


Mathematics notes semester 2 untuk pelajar Matrikulasi. Nota-nota boleh di download pada pautan di bawah. Selamat Maju jaya buat kalian Semua. Mathematics Notes For Matriculation : Semester 2 | Nota Matematik semester 2 untuk pelajar Matrik.



Sumber: http://temanstudyshaiful.blogspot.my/2010/11/matriculation-mathematics-semester-ii.html

Peringatan!! Sila Update Syllabus terbaru dengan tenaga Pengajaran Matrik Masing-masing 


Assalamualaikum w.b.t

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2016 Pengangkutan


Dulu sebelum pihak Kementerian Pelajaran memperkenalkan PT3, semua budak tingkatan tiga ada juga buat benda yang sama. Tapi time tu senang kira dipanggil Kerja Kursus dan tak dikira untuk gred PMR. Jadi Khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang menghadapi Tugasan Geografi PT3 2016.

Sebelum itu, berikut adalah format Tugasan Geografi PT3 2016:


  • Tajuk Kes Kajian
  • Isi Kandungan
  • Penghargaan 
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian
  • Pengenalan/Pendahuluan
  • Masalah pengangkutan (Di Kawasan Kajian)
  • Cadangan penambahbaikkan
  • Rumusan
  • Borang soal selidik(lampiran)
  • Rujukan 

Contoh Jawapan Tugas Geografi PT3 2016 : Pengangkutan




Assalamualaikum w.b.t

Geografi PT3 2016 : Kerangka Perlaksanaan Tugasan Pengangkutan


Khas untuk adik-adik yang terlibat dalam PT3 Geografi 2016. Kerangka Perlaksaan Tugasan Pengangkutan PT3 untuk subjek Geografi. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat maju jaya buat adik-adik yang terlibat dalam kerja ini.

1] Perancangan (10 Markah)


  • Pelajar dikehendaki menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapat markah penuh
  • Perancangan merangkumi:
  1. Tajuk
  2. Jadual Kerja
  3. Objektif Kajian
  4. Kaedah Kajian

2] Proses Awal (20 Markah)

  • Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang releven dan menyatakan sumber rujukan
  • Proses Awal Merangkumi:
  1. Borang Soal Selidik/Temubual (10-20 responden)
  2. Data
  3. Masalah
  4. Cadangan Penambahbaikan
3] Proses Akhir [70 Markah]


  • Jadual (5 markah) : Mempunyai data, tajuk & sumber
  • Konsep (5 markah) : Menghuraikan konsep dengan tepat berdasarkan sumber rujukan beserta contoh.
  • Graf/Carta pai (15 markah) : Graf/Carta pai dibina lengkap dan tepat. Ada justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran.
  • Masalah (20 markah) : Mengenalpasti dan menghuraikan tiga atau lebih masalah yang relevan dan tepat
  • Cadangan penambahbaikan (20 markah) : Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis serta rasional
  • Penilaian umum (2 markah) : Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis. 
  • Jun 25, 2016

    Assalamualaikum w.b.t

    Sekadar satu perkongsian dengan orang ramai. Disebabkan ramai yang mengkritik sistem PT3 Sejarah bagi tahun 2016, Kenyataan Media daripada KPM berkaiatan PT3 bagi mata pelajaran Sejarah.


    Mar 5, 2016


    Assalamualaikum w.b.t

    CARA SEMAK BIDANG YANG SESUAI DENGAN KEPUTUSAN SPM 2017/2018

    Entri kali ni khas untuk semua adik-adik lepasan SPM. Melalui entri Syarat Kelayakan Ke Pusat Asasi UIAM, ramai yang bertanya "Layak ke saya nak apply bidang ni?" Jadi untuk memudahkan korang Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia telah menyediakan satu sistem yang dipanggil SISTEM SEMAK SYARAT AKADEMIK KE IPTA. Melalu sistem ni korang secara automatik tahu IPTA mana yang sesuai dengan keputusan SPM korang semua. Sebelum itu sistem ni mengikut syarat minimum yang dikehendaki oleh IPTA tersebut. Klik pada button klik dibawah. 



    Mar 3, 2016


    Assalamualaikum w.b.t

    Contoh Soalan English Placement Test UIAM



    Untuk Contoh Soalan EPT Korang boleh Download dengan klik pada Button Download di bawah:

    Post kali ni khas untuk adik-adik yang berjaya menempatkan diri ke Pusat Asasi UIAM. Seperti yang korang sedia maklum, korang semua akan menduduki satu ujian English yang dinamakan English Placement Test (EPT). Jadi ini adalah contoh soalan yang seakan-akan EPT. Bukan 100% tapi adalah banyak persamaannya. Dan contoh ni diambil daripada carian pak cik google. Sebelum tu korang akan hadap 2 task. Task pertama berkaitan graf. Diorang boleh pilih samaada nak bagi line graph, pie chart, ataupun bar graph.

    IELTS Writing Samples

    IELTS Academic Writing Samples
    BAR GRAPH

    MODEL ANSWER:

    The graphs compare the number of deaths caused by six diseases in Someland in 1990 with the amount of research funding allocated to each of those diseases. It can be clearly seen that the amount of research funding in many cases did not correlate with the seriousness of the disease in terms of numbers of deaths.



    In 1990 there were around 0.2 million deaths from AIDS, 0.1 million deaths from leprosy, 0.3 million deaths from tropical diseases, 0.5 million deaths from diarrhoea, 0.4 million deaths from malaria and 1.8 million deaths from TB. These figures can be contrasted with the amount of funding allocated for each disease. In 1990 AIDS received 180 million dollars in research funding, leprosy 80 million dollars in research funding, tropical diseases 79 million dollars in research funding, diarrhoea 60 million dollars in research funding, malaria 50 million dollars and TB 20 million dollars in research funding.



    In conclusion it is clear that funding allocation for disease research in Someland is not wholly determined by the number of deaths for which each disease is responsible in a given year.



    IELTS
    LINE GRAPH

    MODEL ANSWER: 

    The graph shows the number of cases of X disease in Someland between the years 1960 and 1995. As an overall trend, it is clear that the number of cases of the disease increased fairly rapidly until the mid seventies, remained constant for around a decade at 500 cases before dropping to zero in the late 80s.


      In 1960, the number of cases stood at approximately 100. That number rose steadily to 200 by 1969 and then more sharply to 500 in 1977. At this point the number of cases remained stable until 1984 before plummeting to zero by 1988. From 1988 to 1995 Someland was free of the disease.



    In conclusion, the graph shows that the disease was increasingly prevalent until the 1980s when it was eradicated from Someland.




    TASK 2

    Untuk task 2, biasanya soalan dalam bentuk opinion. Korang kena bagi pendapat korang mengenai topik yang telah diberikan. Biasanya cukup sekadar 4-5 perenggan, kalau boleh jangan lebih daripada 4-5 perenggan ni. Untuk pengolahan perenggan:


    Perenggan pertama: Introduction
    Perenggan ke-2, ke-3, ke-4 : Isi-Isi korang (Pendapat korang) 
    Perenggan terakhir: Conclusion 


    Contoh-contoh soalan:

    • Some say that the internet is making the world smaller by bringing people together. To what extent do to you agree that the internet is making it easier for people to communicate with one another.
    • In many countries children are engaged in some kind of paid work. Some people regard this as completely wrong, while others consider it as valuable work experience, important for learning and taking responsibility. What is your opinion on this?
    • Internet when used as a source of information, has more drawbacks than advantages. To what extent do you agree with this statement?




    Feb 27, 2016


    Assalamualaikum w.b.t

    PERSEDIAAN UNTUK KE PUSAT ASASI


    Entri kali ini khas untuk adik-adik yang bercadang ataupun telah mendapat tawaran ke pusat asasi di mana-mana pusat asasi pengajian tinggi Malaysia. Mesti korang kusut, serabut, cuak,etc berkaitan persediaan apa yang patut dibuat sebelum selamat menjalani kehidupan di tempat yang baru. Jadi meh sini 'abang' nak bagi sikit perkongsian dengan korang semua. Sebelum nak ingatkan korang mungkin entri ni bias untuk bakal-bakal student asasi UIAM (CFSIIUM). Apa yang perlu dibuat sebelum ke pusat asasi?

    1. Pastikan korang lengkapkan semua borang-borang yang berkaitan dan lisatkan semua dokumen yang dikehendaki. Part ni korang perlu alert untuk memastikan takde sebarang masalah semasa proses pendaftaran. Biasalah masa nak daftar tu confirm ramai orang. Jadi untuk mengelak daripada sebarang perkara yang menyusahkan korang siapkan semuanya dirumah anda. Untuk menjadikan ianya lebih sistematik sediakan satu fail untuk letak segala borang dan dokumen yang dikehendaki semasa pendaftaran. 

    2. Sediakan gambar berukuran passport yang cukup. Kalau boleh sediakan banyak sikit. Sebabnya untuk memudahkan korang. Manalah tahu time daftar tu tetiba ada borang tambahan yang memerlukan korang untuk lampirkan sekali dengan gambar.

    3. Perkakasan: Baju, seluar, baldi, iron, dan seangkatan dengannya. First baju dan seluar, korang agaklah banyak mana baju yang korang perlu bawa. Rasanya cukup untuk pakai seminggu. Lepas tu basuhlah untuk dipakai minggu-minggu seterusnya. Baldi, kalau korang taknak bawa dari rumah pon takpe, sebab biasanya korang boleh dapatkan baldi di kiosk-kiosk yang terdekat. Iron? Rasanya lelaki jarang sangat nak gosok baju. Kalau pempuan mungkin digalakkan untuk bawa iron. Tapi biasanya tentu salah sorang roommate korang dah bawa. Jadi pandai-pandailah share dengan diorang. Satu lagi bantal. Jangan lupa untuk bawa bantal dan cadar. Memang benda ni tak disediakan untuk korang. Hanya katil dan tilam sahaja yang ada. :)

    4. Yang ni khas untuk student asasi UIAM. Biasanya korang akan ada 3 exam time minggu sua kenal (ta'aruf week). Yang pertama English Placement Test(EPT), Arabic Placement Test(APT) dan tilawah test. Untuk yang EPT korang bolehlah ushar soalan muet. Biasanya ada 2 bahagian; yang pertama karangan mengenai graf. Korang kena describe graf tu menaik, menurun, mendatar. Bahagian kedua karangan mengenai opinion. Untuk APT, rasanya bagi student yang ada background arabic tak susah. Untuk korang yang langsung tak pernah belajar arab satu je yang boleh buat iaitu redho. Hihihi (Aku dulu tinggal kosong macam tu je). Tilawah test korang kena baca al-Quran. Biasanya Ustaz akan ambil mana-mana ayat dari quran. Korang biasanya akan baca 2-3 ayat je. :D

    5. Laptop. Jika tanya pendapat aku ianya satu pilihan. Nak bawa pun okay takde pon okay. Sebabnya, untuk peringkat asasi assignment takdelah banyak yang memerlukan korang untuk guna laptop. Kalau ada pon korang boleh je pergi guna komputer yang disediakan di lab-lab komputer. Tapi kalau ada ianya satu bonus untuk korang.


    6. Duit/perbelanjaan?? Mungkin korang perlukan sedikit pencerahan. Setiap pelajar samaada di matrikulasi ataupun asasi korang akan diberikan elaun oleh KPTM yang berupa wang poket. Biasanya RM250 sebulan dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank korang untuk cukup satu sem dalam RM1100++. Jadi pandai-pandailah berjimat-cermat. 


    Feb 26, 2016


    Assalamualaikum w.b.t

    INTRODUCTION TO SOLID STATE PHYSICS- CHARLES KITTEL 8TH EDITION

    For those who really need this book. Now it available for all of you and feel free to download this book by clicking the button download below. :D

    Oct 28, 2015


    Assalamualaikum w.b.t


    PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM 2016

    Sedikit perkongsian dengan ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sesi 2016 untuk pelajar tingkatan 1. Permohonan kemasukan ke MRSM telah secara rasminya dibuka bermula 19/Oktober/2015 hingga 8/November/2015. Cara permohonan bolehlah diisi secara online untuk semua calon UPSR 2015 semanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.


    CARA DAN LANGKAH PERMOHONAN ONLINE KE MRSM

    • Calon hendaklah mendapatkan kata laluan terlebih dahulu dan kata laluan ini boleh dipohon menerusi laman sesawang ini [ permohonan kata laluan ].
    • Setelah berjaya mendapatkan kata laluan calon hendaklah mengisi secara online untuk kemasukan ke MRSM menerusi laman ini. [ Borang Online ]
    • Untuk lebih teliti Panduan Memohon kata laluan bolehlah diperoleh disini. [PDF untuk panduan]
    • Panduan Mengisi maklumat online bolehlah didapati di sini.


    Aug 18, 2015

    Assalamualaikum w.b.t


    DOWNLOAD CONTOH : 

    Contoh resume lengkap dan ringkas untuk rujukan semua. Dalam resume kat atas aku pisahkan kepada beberapa bahagian untuk kelihatan simple dan kemas. 

    1. Tinggalkan satu ruangan untuk meletakkan gambar anda semua. Pastikan gambar yang diletak adalah gambar yang sopan dan berketerampilan kema
    2. Perkara yang utama yang perlu ada di bahagian bawah gambar. Nama korang, alamat terkini, number I/C, number telefon dan email yang terkini.(untuk bahagian email, pasti email yang bersesuaian(mungkin boleh menggunakan email yang menggunakan username nama korang semua). Jangan letak email yang tak sesuai dan tampak kebudakkan cnt: sayasayangkamu@gmail.com.)
    3. Bahagian seterusnya, personal detail/maklumat peribadi. Pada bahagian ini element yang perlu ada ialah umur, tarikh lahir, warganegara dan status korang semua.
    4. Seterusnya, career objective. Pada bahagian ini terus apa yang korang mahu daripada pekerjaan yang diminta. Pastikan objektif yang diberikan bersesuai dengan perkerjaan yang diminta!
    5. Educational background. senaraikan tahap pendidikan korang. Listkan nama sekolah/universiti beserta dengan keputusan korang!
    6. Pencapaian akademik dan kokurikulum, sertakan setiap aktiviti yang korang sertai samaada di sekolah mahupun universiti. 
    7. Pengalaman, pada bahagian ini letak semua pengalaman yang korang ada. Seperti pengalaman kerja etc.
    8. Skill & Kelebihan, Senaraikan setiap skill yang ada dalam diri anda. Seperti pandai menggunakan komputer etc. Dan letak setiap kelebihan yang ada pada diri anda.
    9. Rujukan, pada bahagian ini, korang letak maklumat supervisor/ Lecturer/ Majikan korang untuk dirujuk. Dan boleh lampirkan mana-mana surat sokongan daripada mereka.
    Jadi semoga bermanfaat dan membantu korang semua. Diingatkan ini adalah antara contoh yang bentuk resume yang korang boleh buat. Dan sebarang penambahan maklumat boleh diletak dalam resume korang.

    Aug 5, 2015

    Assalamualaikum w.b.t



    DOWNLOAD BIOLOGY NOTES FOR MATRICULATION STUDENTS: 1st Semester




    There are some biology notes for matriculation students. Feel free to download by clicking the provided link below. I wish all the best to all of you. Have fun to learn biology because biology is about our life.

    DOWNLOAD BIOLOGY NOTES FOR MATRICULATION STUDENTS: 1st Semester


    Sep 13, 2014

    Assalamualaikum w.b.t


    kelebihan solat 2 rakaat
    kelebihan solat 2 rakaat

    Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
    “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
    Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
    “Tidak”
    Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
    Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
    “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ‘ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
    Kemudian Jibrail as berkata:
    “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
    Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
    “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”
    Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma’waa.
    Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
    “Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
    Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
    “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”