Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Oct 26, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Tips Kuruskan Badan Untuk Dapatkan Berat Ideal


Tips Kuruskan Badan Untuk Dapatkan Berat Ideal | Mengimpikan berat badan yang ideal? Namun masih buntu mencari jalan yang sesaui untuk merealisasikan masalah ini. Tidak dapat dinafikan memilik berat dan susuk tubah yang normal banyak membantu daripada banyak segi sama ada 'appearance' kita segala luaran dan khususnya untuk dalaman yang melibatkan kesihatan. Satu laporan yang dikeluarkan - 'Malaysia's Obesity Rate Highest in Aisa". Jadi satu tamparan yang hebat untuk kita khususnya rakyat Malaysia untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. 

Mungkin banyak tips yang telah dibincang daripada pelbagai sumber mengenai tips kurangkan berat badan. Jadi untuk korang yang masih dalam usaha menurunkan 'kadar lemak' boleh perlahan-lahan diambil untuk jadikan rujukan. Jadi kali ini admin tampil untuk memberi sedikit tips turunkan berat badan. 

1- Cekalkan Niat Untuk Turunkan Berat
 πŸ‘€Perkara pertama yang perlu disetkan dalam 'kamus diet' anda. Niatkan untuk betul-betul nak kurus. Bermula dengan niat yang betul korang pasti akan ada kesungguhan untuk lakukannya. Jadi setkan niat korang terlebih dahulu. Rekodkan short-term atau long-term berat yang korang nak achieve. Mungkin boleh wujudkan hashtag tertentu e.g: #RoadTo70 bagi memberi semangat untuk anda. 

2- Kawal Pemakanan dan Pengambilan Gula


πŸ‘‰Tak salah untuk korang makan makanan kegemaran anda. Tapi perlu beringat. Mulut kata nak kurus tapi hakikatnya makanan d tidak dijaga. Hasilnya sia-sia usaha anda nak kurus. Terdapat pelbagai menu diet yang diketengahkan sekarang contohnya diet rendah karbo tinggi protien, diet seimbang, etc. Kaji diet yang sesuai untuk kawal pengambilan makanan anda. 

3- Rajin untuk Aktifkan Diri (Bersenam)
πŸ’ͺBanyak aktiviti yang boleh dianggap bersenam yang dapat mengeluarkan peluh. Cari masa untuk diselitkan dalam 'kesibukkan' jadual harian anda. 

4- Pengambilan Fat Burner
✌Ini adalah optional untuk korang amalkan. Mungkin ada yang tidak berminat dengan pengambilan suplemen bagi membantu process penyingkiran lemat. Apa yang penting, untuk yang decide nak guna any supplement, pastikan ianya tidak membahayakan kesihatan anda dan mendapat kelulusan daripada KKM. 

Ini antara tips yang mampu untuk korang ikut. Tips yang paling utama jaga pemakanan anda. Sebabnya daripada pemakanan turun ke badan. Hihihi. Terima kasih kerana membaca Tips Kuruskan Badan Untuk Dapatkan Berat Ideal. Selamat maju jaya bagi mereka yang dalam process turunkan berat. 


Sep 7, 2017

Assalamualaikum w.b.t



Kelebihan dan Khasiat Cuka Epal | Sekarang aku dalam usaha mengamalkan pengambilan cuka epal disebabkan kelebihan dan khasiat cuka epal ini. Mungkin ramai yang dah tahu Kelebihan cuka epal terutamanya untuk membantu menurunkan berat badan. Jadi, jom kaji sikit kelebihan dan Khasiat cuka Epal untuk Tubuh Badan.  


1) Mampu membantu pesakit Kencing Manis untuk mengawal paras gula dalam darah
  • Membantu meningkatkan sensitiviti reseptor insulin.
  • Satu Kajian menunjukkan Asid asetik dalam Cuka Epal mampu merencatkan aktiviti enzim-enzim pencernaan karbohidrat iaitu maltase, sucrase, lactase dan amalase. Kesannya, tidak banyak karbohridrat yang dapat diserap oleh usus sekali gus mengurangkan peningkatan paras gula dalam darah.
2) Membantu mengurangkan kadar Kolestrol
  • Peningkatan rembesan hempedu dan metabolisme lemak di dalam hati mampu mengurangkan kolestrol dalam badan.
3) Membantu menurunkan Berat Badan
  • Asid asetik terkandung dalam cuka epal mampu membuatkan seseorang merasa kenyang walaupun hanya mengambil kuantiti makanan yang sedikit. 
  • Membantu melambatkan pengumpulan lemak dalam badan.
4) Membantu membuang toksik dalam badan
  • Melancarkan fungsi hati untuk mendetokfikasikan toksik
  • Asid asetik dalam cuka epal mampu bergabung dengan toksin dalam darah untuk menyahtoksinkannya. 
5) Membantu melegakan batuk dan resdung
  • Kandungan Asid Asetik dapat membantu mencairkan mukus dan bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria yang terkandung dalam saluran pernafasan. 





Jul 24, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Diet Mudah Menggunakan Telur | Telur merupakan Menu diet yang paling simple untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Sekarang aku pon dah tanam azam nak start balik berdiet ni. Sebabnya, pemakanan adalah faktor utama yang perlu kita titik beratkan untuk mendapatkan berat badan idaman. Menu ini boleh dipilih samaada mahu digoreng, direbus dan sebagainya. Berikut adalah beberapa menu diet yang boleh dicuba untuk yang berdiet. 

1- Telur Rebus (Masak separuh atau fully masak)



Nampak simple kan. Rasanya ini adalah menu yang paling senang dibuat sebagai menu diet. Setakat ni, biasanya aku makan untuk time breakfast. Quantiti 2-3 biji untuk setiap hidangan. Boleh tahan hingga lunch. 😊😊

2- Telur Dadar Kosong/ 'berinti'


Menu seterusnya adalah telur dadar. Korang boleh pilih untuk dimasak kosong ataupun ditambah 'inti' kat dalam. maksudnya, letak bawang, garam dan sebagainya. Tapi pastikan bahan yang nak ditambah takkan menganggu diet korang. Then, goreng dengan quantiti minyak yang sedikit. 

3- Telur Bistik 



Biasanya menu ini untuk lunch ataupun dinner. Korang boleh buat berkuah sikit tapi dalam kuantiti yang sedikit. Boleh ditambah ayam dan sayur-sayur. Tapi elak tambah daging okay. Cara nak menyediakkannya cukup senang. Kalau tak tau google. hhihihih

4- Telur Hancur 



Menu yang terakhir, Telur Hancur. Pecahkan telur letak sikit garam pastu letak dalam kuali. Kacau hingga jadi hancur. Sesuai untuk breakfast,lunch ataupun dinner. 


Jan 9, 2017

Assalamualaikum w.b.t


Misi 2017 untuk turunkan berat badan? Mungkin entry ini membantu anda semua untuk kuruskan badan. Misi aku juga kot. Kahkah. Jadi berikut adalah beberapa list buah-buahan yang membantu untuk kita turunkan berat badan. Apa yang penting buah-buah ni senang untuk di cari. Pergi ke pasar-pasar tani, super market confirm ada. Buah-Buahan Yang Mampu Turunkan Berat Badan :

1) Tembikai


  • Buah yang mengandungi kandungkan air yang banyak. Dikatakan mampu untuk mencegah masalah buncit bila selalu diambil ketika sarapan pagi. Kandung air yang mampu menyenyangkan dan mencegah pengambilan makanan secara berlebihan.
2) Epal


  • Senang untuk dibeli, epal juga mampu untuk membantu menurunkan berat badan. Difahamkan berat badan seseorang mampu diturunkan sebanyak 33 peratus daripada berat asal sekiranya selalu mengamalkan makan buah Epal sebelum makan. Betul ke? Bolehlah cuba. Tengok hasil camne. πŸ‘°πŸ‘°
3) Anggur


  • Boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Yang penting mampu membantu untuk kita turunkan berat badan. Kandangan antioksidan dalam anggur mampu menghalang pembentukan lemak dalam perut. Menarik Bukan?
4) Berry 



  • Blackberry, Blueberry, dan Strawberry mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang mampu mengimbangi metabolisme tubuh. Harga pun agak lumayan bukan? Hehehe
5) Limau


  • Berbanding buah-buahan yang lain limau dikatakan mempunyai serat yang paling tinggi. Apa yang menarik serat yang ada di dalam buah limau serat yang larut di dalam air sekali gus mampu mengawal nafsu makan. Sebab tu ada produk kurus yang mengguna buah limau sebagai 'ramuan' utama.

Nov 20, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Tahukan Anda? Kelebihan dan Manfaat Berjogging



Tahukah Anda? Berjogging merupakan salah satu aktiviti yang sihat untuk badan. Merupakan senaman yang banyak manfaatnya untuk tubuh badan manusia. Apa yang penting, aktivti berjogging tidak memerlukan banyak peralatan yang khusus. Hanya dengan memiliki 'Kasut Jogging' dan pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti ni. 

Rasanya tak susah untuk kita luangkan masa sekejap untuk memberi makanan yang sihat untuk tubuh badan kita. Tanda menghargai pemberian tubuh badan yang sihat daripada Yang Maha Berkuasa. Jadi jom tengok kelebihan dan manfaat aktiviti berjogging ni. 

πŸ˜‰ Manfaat untuk Jantung
Jogging merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk menggalakkan otot jantung anda bekerja. Apabila anda kerap berjogging, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.

πŸ˜‡ Mengurang Berat Badan
Kepada yang ingin menjaga badan, jogging merupakan satu cara yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Apabila berlakunya pembakaran kalori, ia memudahkan untuk anda menguruskan badan. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.

😁 Kualiti Tidur
Jogging juga membantu anda untuk tidur awal dan lebih lena pada waktu malam. Ianya sangat bagus untuk pengidap imsonia.

😊 Manfaat Untuk Mental
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simtom kemurungan.

πŸ˜† Imunisasi
Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda sangat kuat. 

Aug 11, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Kebaikan Dan Khasiat Timun (Mentimun) Untuk Kesihatan


Bantu Kesihatan Jantung
  • Timun mengandung potassium, yang boleh membantu pengurangan tekanan darah. Hasil kajian menunjukkan peningkatan konsumsi potassium mempengaruhi positif resiko terkena serangan stroke dan juga mengurangi resiko penyakit kardiovaskular.

Kurangi Rasa Sakit
  • Kandungan tanin dalam mentimun mampu membatasi pelepasan radikal bebas dalam tubuh dan mengurangi rasa sakit. Menurut Journal of Young Pharmacists: "sebagai ramuan tradisional, timun digunakan untuk mengubati sakit kepala: bijinya memberi efek mendinginkan dan diuretik. Jusnya juga boleh dimanfaatkan sebagai bahan ubat jerawat."

Pelindung Otak
  • Timun juga mengandung fisetin, substansi anti inflamasi. Fisetin memiliki peranan penting dalam kesihatan otak. Kerana memiliki kemampuan untuk mengurangi gejala penyakit degenarasi sistem saraf yang berhubungan dengan usia dan membantu fungsi kognitif pesakit Alzheimer.

Kurangi Bau Mulut
  • Bau mulut biasanya disebabkan oleh bakteri dalam mulut. Sayuran berserat dengan kandungan air yang tinggi, seperti timun, boleh menambah produksi air liur yang membantu membersihkan bakteri penyebab bau mulut.

Kurangi Resiko Kanser
  • Timun mengandung polifenol yang disebut lignan. Zat ini berpotensi mengurangi resiko kanser tertentu. Timun juga mengandung unsur aktif tanaman kukurbitasin yang memiliki sifat anti kanser.

Melindungi Tulang
  • Timun adalah sumber vitamin K. Sebiji mengandung 22% vitamin K harian yang dicadangkan. Vitamin ini penting bagi kesihatan tulang. Kekurangan vitamin K boleh meningkatkan resiko patah tulang. Vitamin K juga penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium dalam tulang.


Sumber Diolah : http://nationalgeographic.co.id/berita/2015/10/6-manfaat-timun-bagi-kesehatan

Aug 3, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Khasiat Lemon Untuk Kesihatan dan Kecantikan


Khasiat Lemon Untuk Kesihatan dan Kecantikan

1. Melancarkan Pencernaan
Pembuangan sisa pencernaan dapat lebih mudah dengan mengamalkan jus lemon secara teratur. Lemon meningkatkan gerakan peristaltik di perut, membantu buang air besar secara teratur sehingga menghilangkan limbah tubuh dengan baik. Lemon seperti pemurni darah dan agen pembersih. Lemon juga membantu masalah pencernaan lain seperti mual, namun berhati-hati kerana lemon tidak sesuai dengan susu. Tambahkan jus lemon ke dalam air hangat dan minum sebagai hal pertama di pagi hari.
2. Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi
Kandungan kalium di dalam lemon yang sangat baik diamalkan oleh penderita penyakit jantung. Kalium mengawal tekanan darah yang tinggi, pening dan mual, kerana memberikan sensasi menenangkan untuk fikiran dan tubuh. sehingga buah lemon banyak digunakan untuk mengurangi stres mental dan masalah kemurungan.
3. Menghentikan Perdarahan Internal
Kandungan antiseptik di dalam buah lemon mampu menghentikan pendarahan internal dalam tubuh. Celupkan kapas kecil pada air perahan lemon dan letakkan ke dalam hidung, untuk menghentikan pendarahan pada hidung.
4. Detoksifikasi Racun Dalam Tubuh
Terkadang makanan yang kita ambil, tidak semuanya mengandungi zat yang baik. Zat racun yang berbahaya dan memberikan kesan pada tubuh, tidak baik untuk kesihatan. Pengamalan jus lemon, membantu menghilangkan racun tersebut dan mengeluarkannya bersama dengan sisa metabolisme lain.
Jus lemon merupakan pembersih darah kerana membantu tubuh untuk membuang racun. Ia juga memiliki 22 senyawa anti kanser dan memperlambat pertumbuhan tumor kanser. Setelah radiasi dan kemoterapi, ia boleh menghilangkan sisa radiasi dan memurnikan darah. 
5. Masker lemon mencerahkan kulit
Bagi kulit berminyak, sangat bermasalah sekali jika kulit wajah terlihat berkilap. Lemon dicampur dengan madu, dapat dijadikan masker. Gunakan secara rutin, manfaat madu dan lemon ini, untuk mendapatkan hasil kulit wajah yang tampak lebih segar dan cerah.


Artikel Dioleh : http://manfaat.co.id/11-manfaat-lemon-untuk-kesehatan-dan-perawatan-kecantikan

Jun 28, 2016

Assalamualaikum w.b.t


Cara Buang Bintik Kolestrol Sekitar Mata



Siapa pernah alami bintik-bintik kecil di bahagian kelopak mata dan bawah mata? Bintik-bintik ini kelihatan seperti bonjolan kecil macam jerawat. Tapi bila kita nak 'picit' memang sakit. Ada yang menyatakan bintik ini dikenali sebagai bintik kolestrol terhasil akibat paras kolestrol dalam bandan. Betul ke? Aku pun tak tahu. Hihihi. Aku pun pernah alami bintik-bintik kolestrol ni. Tumbuh begitu banyak di bahagian kelopak mata. Ada juga kalau orang yang jenis concern ni tanya: "Pesal tak buang jerawat kat mata kau tu?? "

Jawapan aku: "Bongok ni bukan jerawat. Hahahaha. Lol. Hahaha. Serious, rasanya kalau lelaki okay lagi kot. Kalau perempuan yang kena macam ni mahu tak sakit hati. Satu hari tak nak keluar rumah. Hihihihi. Jadi aku nak kongsikan cara nak buang biji kolestrol ni tanpa perlu keluarkan kos yang mahal yang penting korang kena konsisten dengan pengambilannya. Apa benda tu??


Buang Bintik/Biji Kolestro dengan pengamalan Teh Hijau


Ahamd Green Tea



Inilah antara produk yang aku guna. Alhamdulillah. Sekarang dah takde lagi. Apa yang penting korang memang kita amalkan minum Teh Hijau. Beli je mana-mana 'brand' yang ada kat pasaran sekarang. Aku guna "Ahmad Green Tea". Mungkin banyak produk-produk yang berupaya untuk cegah dan buang benda ni. Kalau yang berkemampuan bolehlah beli tapi untuk 'golongan yang bajet' macam aku boleh try minum Teh Hijau. 

Bintik kolestrol tu akan 'gugur' sendiri. Bila korang ambil bintik ni memang  'seketul' dia jatuh. Memang ada isi macam jerawat. Jadi untuk mereka yang nak cuba bolehlah try consume Green Tea. InshaaAllah berkesan. Apa yang penting "Jimat" "Kurang Kos" dan "Berkesan". Selain daripada ni, teh hijau memang banyak kelebihan dan keistimewaannya. Korang boleh baca Kelebihan dan Manfaat Teh Hijau. 

Jun 9, 2016


Assalamualaikum w.b.t


6 Khasiat Buah Kurma



1)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

2)  Penguat memori
Ramai yang berpendapat hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

3) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

4) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

5) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

6) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku

Feb 4, 2016


Assalamualaikum w.b.t

KHASIAT BAWANG PUTIH

Aku yakin kebanyakkan orang tak suka makan bawang putih. Dulu aku sangat percaya orang cakap pontianak takut bau bawang putih. Jadi rajin jugalah makan kononnya nak selamatkan diri manalah tahu terjumpa dengan si pontianak ni. 


Jadi hari ni terpanggil nak kongsikan perihal bawang putih. Bawang putih ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri khususnya untuk kesihatan kita semua.

  • Bawang putih agen mencegah kanser.
  • Bawang putih mampu menurun tekanan darah tinggi.
  • Bawang putih kaya dengan nutrisi dan rendah kalori.
  • Bawang putih mampu membuang angin dalam badan(kaedah:bakar bawang putih dan makan)
  • Bawang putih mampu mencegah sakit gigi.







Dec 11, 2015


Assalamualaikum w.b.t

KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN
KHASIAT SERAI UNTUK KESIHATAN

Rasanya tidak asing apabila kita menggunakan serai dalam masakan. Selain untuk menaikkan aroma masakan serai juga mempunyai khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita. Jadi inshaaAllah hari ini jom kita sama-sama mengetahui khasiat serai untuk kesihatan.

1] Mampu menjadi agen mencegah kanser
  • Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
2] Merawat gangguan sistem pencernaan
  • Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
3] Detoksifikasi
  • Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.
4] Manfaat untuk sistem saraf
  • Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
5] Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.




Nov 28, 2015


Assalamualaikum w.b.t

KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK KESIHATAN


InshaaAllah hari ini aku suka untuk bercerita mengenai buah delima. Buah delima merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Didalam Al-Quran Allah juga ada meyebut perihal boleh delima. Allah s.w.t berfirman:

"Di dalam kedua-duanya(Syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." [surah al-Rahman ayat 68]

Kalau korang perhatikan kebanyakkan produk-produk kesihatan juga memanfaatkan kelebihan buah delima ini. Jadi hari ini mari kita mentelaah apakah khasiat disebalik buah delima ini. 

  • Merawat Keguguran RambutMinum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat
  • Memulihkan Kulit Yang KeringBuah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan.Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
  • Mengekalkan Awet MudaBuah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
  • Lambatkan Proses PenuaanPemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
  • Pengembalikan SelBuah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.




Nov 10, 2015


Assalamualaikum w.b.t

KHASIAT EPAL HIJAU

Khas untuk penggemar Epal hijau. Mungkin tak semua suka makan Epal hijau salah satu sebabnya rasanya yang masam berbanding Epal merah yang manis. Namun disablik rasa masam itulah terdapat kelebihannya yang tersendiri. Jadi hari ni aku nak kongsikan sedikit sebanyak kebaikkan makan Epal hijau ni. Jadi Epal hijau mampu membantu korang semua:


  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

  • Jadi pengambilan Epal hijau ini boleh menjadi satu medium kepada kita untuk mencegah penyakit-penyakit diatas. Kata orang, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Benarlah, setiap apa yang Allah ciptakan diatas muka bumi ini adalah tersedia untuk kegunaan Manusia. 



    Nov 6, 2015


    Assalamualaikum w.b.t

    KHASIAT MADU UNTUK KESIHATAN

    Perkongsian kali ini mengenai madu. Khasiat Madu untuk Kesihatan tubuh badan kita. Seperti yang kita sedia maklum pengamalan 'makan' madu merupakan satu sunnah. Jadi sudah memestinya madu itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jadi, jom sesama kita baca apa khasiat madu ini.

    Menurunkan berat badan
    Kombinasi madu dan air suam mampu membantu membakar lemak. Jadi, minumlah segelas ramuan ini setiap pagi agar anda mampu menurunkan timbunan lemak ekstra dalam tubuh.

    Gerakan usus
    Minumun campuran madu dengan air suam juga membantu untuk menjaga pergerakan usus secara teratur. Selain itu saat pergerakan usus menjadi lancar, secara tak langsung ia membantu membersihkan usus besar dari toksin.

    Memberi Energy untuk tubuh
    Madu memberi Anda energi tetapi tak membuat Anda gemuk. Kerana itu, pengamalan mengambilan madu disarankan untuk kita semua.

    Kesihatan Kulit
    Madu memiliki banyak sifat antibakteri dan anti-jamur. Itu sebabnya, minuman ini membantu menyembuhkan jerawat dan mencegah jerawat. Selain itu, meminum campuran madu dan air suam membantu mendapatkan kulit yang cerah dan sempurna.

    Mengingkatkan sistem kekebalan tubuh
    Salah satu manfaat kesihatan dari madu adalah meningkatkan kekebalan terhadap batuk. Minuman ini membersihkan sistem pencernaan dan meningkatkan kekuatan tubuh untuk melawan penyakit.

    Meningkatkan metabolisme tubuh
    Madu dan air suam merupakan penguat untuk sistem metabolisme Anda. Makanan Anda akan dicerna dan diserap dengan cepat jika Anda meminum minuman ini. Hasilnya, Anda memiliki selera makan yang baik dan juga menurunkan berat badan.

    Mencegah dehidrasi
    Campuran air suam dan madu boleh membantu untuk menambah cairan dalam tubuh Anda. 



    Oct 20, 2015


    Assalamualaikum w.b.t

    keistimewaan daun sup

    Cuci buah pinggang dengan harga RM1.00?? Bunyi macam satu benda yang mengarut. Tapi inilah satu realiti yang patut kira terima dan amalkan bersama-sama. Sebelum tu, kenal tak gambar kat atas? Untuk yang tak kenal inilah dinamakan daun sup. Korang boleh beli di mana sahaja. Pasar, supermarket, hypermarket, mini market dan etc. Murah dan mampu membantu menjadi agent untuk menyucikan buah pinggang kita. 

    Mungkin selama ini kita hanya mendengar mereka yang mempunyai masalah buah pinggang kerap kali berkunjung ke hospital untuk melakukan dialisis buah pinggang. Namun, untuk kita-kita yang tidak mempunyai masalah ini macam mana nak cuci buah pinggang kita? Ya dengan menggunakan daun sup kita dapat membuang segala macam racun dan garam dalam buah pinggang kita. Caranya mudah dan ringkas:

    • Korang boleh beli daun sup dengan harga RM1.00 di mana-mana pasar dan tempat-tempat yang berkenaan.
    • Cuci daun sup sampai bersih, kemudian potong daun sup kecil-kecil.
    • Masukkan potong tersebut ke dalam periuk, masukkan air bersih dan didihkan selama 10 minit sahaja.
    • Kemudian, tunggu sehinga sejuk, tapis air daun sup tersebut dan masukkan ke dalam botol/bekas yang sesuai.
    • Simpan dalam peti ais dan amalkan meminum air ini setiap hari.


    InshaaAllah dengan izin Allah semua racun, toksik, garam yang ada dalam buah pinggang kita akan dikumuhkan melalui air kencing. Sebelum berakhir sedikit info mengenai daun sup. Daun Sup diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah Pinggang kita.


    Oct 18, 2015

    Assalamualaikum w.b.t



    KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH PERIA


    Disebabkan aku lunch bersayurkan buah peria, jadi dengan gigihnya aku merajinkan diri untuk mencari khasiat dan kelebihan buah peria ni. Sebelum tu aku nak tanya korang: peria ni buah ke sayur? Seriously I'm really confuse when people keep asking me about this question. Nak jawab apa? Baiklah, dibawah aku listkan Khasiat dan kelebihan buah peria untuk manusia.



    1] Baik diamalkan oleh penghidap kencing manis. 
    • Dikatakan air perahan buah peria dapat mengurangkan kadar gula dalam darah untuk penghidap diabetis@kencing manis. Caranya simple, ambil 2 biji buah peria, bersih sebersihnya dan potong kecil kepada beberapa bahagian. Gunakan blander kat rumah masukkan potongan peria bersama air suam. Amalkan, InshaaAllah ada kesannya.
    2] Menggalakkan penghasilan susu ibu
    • Ini khas untuk wanita yang melahirkan anak. Pengambilan buah peria mampu penggalakkan penghasilan susu ibu. Mungkin banyak produk diluar sana telah dikeluarkan. Untuk lebih jimat ibu-ibu boleh try makan peria tak payah keluarkan duit banyak-banyak. Nak lagi jimat tanam je kat belakang rumah. Caranya, rebus buah peria dan makan begitu sahaja atau bersama nasi.
    3] Baik untuk merawat berak berdarah
    • Dalam bahasa sopannya buasir. Caranya sama iaitu minum air buah peria. Korang boleh blend tapi tahanlah sikit dengan 'kesedapan' air buah ini. InshaaAllah dengan izin Allah boleh merawat masalah buasir dan pastikan pengambilan minuman ini diamalkan.



    Oct 4, 2015

    Assalamualaikum w.b.t


    Sebelum ini aku pernah menulis mengenai Diet Atkins Fasa 1 (Induction). Diet Atkins merupakan diet dimana pengambilan karbohidrat dihadkan dalam pemakanan harian. Mungkin ada yang risau, pengamalan diet Atkins ini akan menjejaskan kesihatan dan bahaya. Pelbagai teori diet telah wujud pada masa kini, tapi untuk mereka yang mengalami masalah berat yang berlebihan diet Atkins ini antara diet yang sesuai. Tapi sebelum membuat keputusan untuk mengamalkan diet ini, pasti badan anda berada dalam keadaan sihat dan tidak memiliki mana-mana penyakit kronik.



    KURUS DENGAN DIET ATKINS

    Diet ini sesuai untuk sesiapa sahaja KECUALI mereka yang mempunyai masalah pesakit buah pinggang, Ibu Menyusu dan Ibu Mengandung. Selain itu mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi yang serius juga ditegah mengamalkan diet Atkins. Jadi untuk mereka-mereka yang rasanya "berkemampuan" untuk mengamalkan diet Atkins bolehlah terus minat korang hinggalah mendapat berat badan yang ideal. Sekarang, selain daripada membaca artikel berkaitan pada mana-mana blog, dapatkan lebih maklumat mengenai Diet Atkins ini dengan cara mendapatkan EBOOK Teknik Kurus Dengan Diet Atkins.

    Oct 3, 2015

    Assalamualaikum w.b.t


    KELEBIHAN DAN MANFAAT TEH HIJAU
    KELEBIHAN DAN MANFAAT TEH HIJAU


    Teh hijau mampu mengurangkan berat badan? Inilah antara kelebihan mengamalkan pengambilan teh hijau. Aku juga salah seorang pengguna setia teh hijau ni. Adalah nampak juga perubahan bila berterusan menggunakan teh hijau terutamanya pengurangan berat badan. Jadi hari ini, nak share serba sedikit kelebihan dan manfaat teh hijau. Bukan semua sukakan teh hijau disebabkan rasanya yang sedikit kelat dan tawar. Tawar?? Yelah, takkan minum teh hijau nak letak gulakan.  


    KELEBIHAN DAN MANFAAT TEH HIJAU

    1] Mengurangkan Masalah Berat badan
    • Ini adalah salah satu cara untuk kurus paling murah. Mungkin kesannya mampu tapi korang tak perlu keluarkan kos yang tinggi. Hanya dengan RM20 boleh dapatkan teh hijau ini berbanding produk-produk yang mahal diluar sana.Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap.  Bahan yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.
    2] Mengurangkan kadar kolestro dalam badan.
    • Pengamalan minum teh hijau mampu menyingkirkan kadar kolestro yang tidak diperlukan oleh badan. Bila korang consume teh hijau secara berterusan dapat dirasa badan menjadi lebih ringan. 
    3] Baik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit.
    • Korang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat untuk boleh cuba mengamalkan minum teh hijau. Kesannya memang dapat dilihat. Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan dari panahan cahaya matahari. 


    Sebenarnya banyak kali khasiat minum teh hijau ni. Membantu proses pencernaan, mengelak daripada terkena penyakit jantung dan diabetis; sebabnya minum teh hijau mampu mengurangkan kes saluran darah tersumbat. Jadi cubalah minum, untuk sihat dengan keizinan daripada Allah swt.


    Sep 26, 2015


    Assalamualaikum w.b.t


    KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKKAN
    KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKKAN

    Entry kali ini khas untuk penggemar tomato. Sebelum ini aku ada menulis mengenai khasiat buah betik. Aku sendiri kurang meminati tomato kecuali yang telah diletak dalam tom yam dan sayur-sayur yang lain. Sedikit pengenalan mengenai tomato. TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.


    Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.


    KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKKAN
    1]Mengecilkan liang roma
    Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

    2]Merawat jerawat
    Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

    3]Membersihkan kulit muka
    Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

    4]Menyejukkan kulit yang rosak
    Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

    Sumber: 
    https://docs.google.com/document/d/1A2x5zZT8qlMLeEzY7SxInFxLw6tZ-7zjIw8SM2TVco4/edit?copiedFromTrash#

    Sep 19, 2015




    Assalamualaikum w.b.t

    KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH BETIK
    KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH BETIK

    Siapa penggemar buah betik? Mungkin sebelum ini kita hanya tahu makan tanpa mengetahui khasiat yang telah Allah letakkan dalam buah betik untuk dimakan oleh manusia. Setiap buah-buahan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jadi hari ini, mari kita sama-sama baca apakah Khasiat dan kelebihan buah betik untuk badan

    1. Mencegah terhasilnya batu dalam pundi kencing

    • Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

        2.
    Ubat bagi sembelit dan bausir
    • Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bausir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
        3. Bertindak sebagai agen tonik tambahan
    • Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
        4.Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan
    • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

        5.Mengubati tumit pecah-pecah 
    • Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

    SUMBER:http://panduan-tips-petua.blogspot.my/2014/04/10-khasiat-dan-kelebihan-buah-betik.html