Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

May 20, 2018

Resepi Biskut Bangkit Mudah dan Sedap


Bahan-Bahan:

  • 330gm tepung ubi
  • daun pandan
  • 30gm shortening
  • 130gm gula icing
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 130ml santan pekat
  • secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Dalam kuali goreng tepung ubi dgn daun pandan dgn api kecil sehingga tepung ringan(sedikit kekuning2an)
  2. Kemudian ayakkan tepung dan dibiarkan sejuk.
  3. Pukul gula icing dan kuning telur sehingga ringan dan berkrim dan gula benar sebati
  4. Masukkan 100 ml santan dahulu dan puku rata lagi
  5. Masukkan tepung ubi tadi kedalam mangkuk adnan tadi,tambahkan sedikit garam dan perlahan2 menguli sehingga doh tak melekat pada tangan
  6. Tambahkan santan sedikit demi sedikit bila perlu
  7. Tutup doh dgn kain lembab,dan rehatkan selama 30 mnt
  8. Terapkan doh menggunakan acuan yg sesuai dan boleh lah dibakar pada suhu 170'c lebih kurang 20-25 minit atau sampai masak mengikut oven masing-msing

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam


Bahan-Bahan:

  • 150 gram cornflakes
  • 150 gram coklat bar
  • 50 gram badam cincang
  • 1-2 sudu besar shortening, gantikan dengan mentega pun boleh

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven dan bakar badam cincang dengan suhu 170°C selama 10-15 minit atau sehingga badam masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
  2. Tuang cornflakes di dalam mangkuk besar dan ramas kasar sedikit supaya senang disudukan ke dalam cawan kertas nanti.
  3. Cincang kasar coklar bar supaya mudah cair. Kemudian cairkan coklat bersama shortening menggunakan kaedah double boiler dan kacau hingga betul-betul sebati.
  4. Tuang coklat cair ke dalam mangkuk cornflakes dan gaulkan bersama badam cincang sehingga sekata. Sudukan ke dalam papercup.
  5. Taburkan dengan sprinkles atau gula hiasan ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

RESEPI ASAL : http://iresipi.com/resepi/biskut-cornflakes-coklat-badam/show

Resepi Biskut Almond London Simple dan Sedap


Bahan-Bahan:

  • 250 gram mentega, saya gunakan jenama Anchor
  • 450 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 gram badam, dibakar seketika dalam oven
Bahan untuk disalut
  • 450 gram coklat masakan, saya guna jenama Bagus
  • 1/2 sudu besar lemak sayur
  • Badam cincang, dibakar dlm oven /disangai seketika
  • Paper cup bersaiz kecil

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum bersama emplex.
  2. Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati, kemudian masukkan telur kuning dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan emplex yang diayak tadi, kacau sebati.
  4. Ambil sedikit doh, dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang sehingga habis adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20-25 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  7. Untuk bahan salut, gunakan kaedah double boil, panaskan coklat sehingga cair dan masukkan lemak sayur. Kacau sebati.
  8. Ambil biskut yg sudah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat kemudian masukkan ke dalam paper cup. Sudukan sedikit coklat kedalam paper cup supaya memenuhi ruang kosong yang ada.
  9. Tabur/hiaskan dengan badam cincang dan susun rapat supaya paper cup menjadi bentuk bujur apabila sejuk.

SELAMAT MENCUBA 
RESEPI ASAL: www.tiffinbiru.com



3kg kerang - gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi
Bahan kisar
5 biji bawang merah ros
2biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inchi halia
1inchi lengkuas
1inchi kunyit hidup
5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong

10tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus
Santan - 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit - hiris halus

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan - biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping - renih sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam.

May 19, 2018


Resepi Biskut Tart Nenas Nyonya

Resepi Biskut Tart Nenas Nyonya | Menjelang aidilfitri pasti banyak list biskut raya yang menjadi kegilaan ramai. Antara yang mendapat sambutan adalah Tart Nenas Nyonya. Jadi berikut dikongsikan Resepi Biskut Tart Nenas Nyonya. Selamat mencuba! 

Bahan-Bahan:

  • Bahan untuk Tart:
    • 300 gram tepung gandum*
    • 4 sudu besar tepung jagung*
    • 3 sudu besar gula aising*
    • 200 gram mentega, potong kiub
    • 1/2 sudu teh esen vanila
    • 2 kuning telur
  • Bahan untuk jem:
    • 2 biji nenas, parut dan toskan air
    • 600 gram gula
    • 1 batang kayu manis
    • 2-3 titik pewarna kuning

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk tart:
    1. Bulatkan inti tart anggaran lebih kurang sebesar biji guli.
    2. Ayak bahan atau tepung bertanda *. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan mentega sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
    3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
    4. Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
    5. Keluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastik wrap. Dengan menggunaka cara ini, doh yangg lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan dan hiaskan dengan inti tart.
    6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah celcuis (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit.
  2. Cara-cara untuk jem nenas:
    1. Masak nenas bersama gula.
    2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga kering.
    3. Bulatkan doh untuk inti tart nyonya.

Resepi Asal: http://www.tiffinbiru.com/2013/04/mengidam-tart-nenas-nyonya.html



Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan mentega, lembutkan
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil vinegar atau cuka makan
  • 1 biji telur Gred A
  • 1 1/2 sudu kecil ekstract vanilla
  • 1 1/2 sudu kecil pewarna merah
  • 3/4 cawan white chocolate chips

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer, putar mentega bersama gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang. Anggaran dalam 3-4 minit.
  3. Masukkan pula telur, esen vanilla dan pewarna merah kemudian pukul sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan separuh white chocolate chip. Separuh lagi digunakan untuk hiasan sebelum dibakar.
  5. Sudukan doh menggunakan ice cream scoop di atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Kalau tak ada ice cream scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
  6. Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam peti ais selama 15 minit. Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan melebar apabila dibakar.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit. Masa adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
  8. Angkat dan sejukkan biskut di atas redai. Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas, tetapi akan mengeras di waktu proses penyejukan.
  9. Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya.




Resepi Murtabak Mini Ayam Cheese Meletop! | kali ni nak share resepi Murtabak Mini ayam cheese yang boleh menjadi pembuka selera kita semua. Berikut adalah Resepi Murtabak Mini Ayam Cheese Meletop! Selamat mencuba ya. 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Isi ayam @ daging - cincang
kentang - potong dadu
Carrot - potong dadu
rempah kari daging - 1 paket kecik
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang besar - potong dadu
daun sup - hiris
Sedikit garam
Sedikit gula 

Cara Penyediaan Murtabak Mini Cheese
Cara Memasak Inti
1- Panaska kuali dan masukkan sedikit minyak untuk menumis.
2- Masukkan bawang-bawang yang telah dihiris. Tunggu sehingga bawang kekuningan. 
3- Masukkan rempah kari berserta sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.
4- Masukkan kentang dan ayam dan air secukupnya untuk pastikan kentang dan ayam masak. 
5- Masukkan gram dan gula (ajinamoto) dan kacau sehingga air kering dan kentang dan ayam betul-betul masak. 

Cara Penyediaan Murtabak Mini

1- Pecahkan 2 biji telur dan masukkan inti yang telah dimasak. Masukkan daun bawang dan sup. Kacau sehingga sebati. 
2- Ambil kulit popia. kemudian letakkan cheese ditengah2 bersama dengan bahan no 1.
3- Balut seperti segi empat tepat (Macam murtabak) dan lekatkan dengan (gandum + air). 
5- Siap. Sedia untuk digoreng! Selamat mencuba. :D




Resepi Puding Jagung Simple dan Sedap

Resepi Puding Jagung Simple dan Sedap | Resepi yang betul-betul mudah untuk dibuat. Hanya dengan 5 bahan pusing jagung sedap terhidang untuk anda. 

Bahan-Bahan Yang diperlukan 

1 cawan tepung custard 
2 cawan gula
1 tin jagung ( jagung segera)
4 cawan santan
Susu pekat manis 

Cara Penyediaan  

Cara penyediaan mengikut cawan yang anda gunakan. 

Pertama : Masukkan satu cawan tepung custard ke dalam periuk 
Kedua : Masukkan 2 cawan gula kedalam periuk 
Ketiga: Masukkan 4 cawan santan 
Keempat: Masukkan jagung (semua)
Kelima: Kacau bahan-bahan diatas dengan api yang sederhana 
Keenam: Masukkan 1/2 cawan susu pekat kacau sehingga menggelegak.
Ketujuh: Tutup api dan letakkan bahan yang siap kedalam bekas. Tunggu kehingga sejuk (letak dalam peti ais). Siap!







Bahan-Bahan:

  • 250 gram mentega
  • 1 cawan susu pekat
  • 500 gram tepung jagung, kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • coklat chip, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Letakkan mentega pada suhu bilik seketika untuk lembutkan mentega. Pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin menggunakan mixer/whisk (jangan terlalu lama) .
  2. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh selama 10 minit (Boleh masukkan dalam peti ais). Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
  4. Terap dan hias bersama coklat chip.
  5. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara.


Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan


Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • serunding ikan
  • minyak, untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk serunding ikan:
  • 1 kg ikan kembung
  • 3 keping asam gelugor
  • 15-20 biji cili kering*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 batang serai, hiris nipis*
  • 15 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 mangkuk minyak untuk menumis
  • air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk popia simpul:
  1. Potong 8 kulit popia dan tutup dengan kain lembab supaya kulitnya tidak kering.
  2. Sudukan 1/2 sudu kecil serunding ikan dan letak di tengah kulit popia yang dipotong kecil tadi.
  3. Gulung memanjang, pastikan inti berkumpul di tengah dan kemudian simpulkan dengan rapi. Ulangi langkah sehingga kulit popia dan serunding habis.
  4. Goreng popia di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Pastikan popia betul-betul sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Cara-cara untuk serunding ikan:
  1. Rebus ikan bersama asam gelugor dan kemudian ambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan atau boleh juga di kisar di dalam blender. Ketepikan.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*).
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan isi ikan dan kacau dengan perlahan sehingga kering. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya serunding tidak cepat hangus. Apabila sudah kering sekata, angkat dan sejukkan sebelun di simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Asal : http://iresipi.com/resepi/popia-simpul-kasih-serunding-ikan/show

May 14, 2018



Untuk peminat menu seafood diluar sana, resepi ini patut dicuba untuk dijadikan sajian bagi membuka selera makan anda semua. Resepi Udang Masak Diraja sangat simple dan mudah dan menjanjikan rasa yang sedap! Berikut adalah resepi udang masak diraja.

RESEPI UDANG DIRAJA
Bahan-Bahan untuk dikisar :4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar
Bahan-Bahan lain :Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat
Cara Penyediaan Udang Masak Diraja
Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak dan masukkan serai dan asam keping,masukkan udang. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula/ajinomoto.

Mar 20, 2018

Assalamualaikum w.b.t


Resepi Ketupat Sotong Sedap dan Mudah | Resepi mudah untuk penggemar ketupat sotong. Ada juga yang panggil Sotong Sumbat. Berikut dikongsikan Resepi Ketupat Sotong Sedap dan Mudah:
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz sederhana yang segar 
½ kilo santan pekat 
3 ketul gula melaka (nise) 
Pencungkil gigi 
1 cawan beras pulut 
10 helai daun pandan
Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan.
2. Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.
3. Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah)
4. Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
5. Cucukkan pengcungkil gigi depan dan belakang kepala.
6. Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.
7. Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.
8. Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, dan gula melaka.
9. Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak). Santan tu akan pecah minyak.



Resepi asal: Resepi Masakan Melayu



Jan 15, 2018


Assalamualaikum w.b.t

Resepi Ikan Tongkol Singgang Terengganu


Resepi Ikan Tongkol Singgang Terengganu | Ikan singgang antara menu popular dalam masyarakat terengganu. Berikut adalah resepi Ikan Tongkol Singgang untuk anda semua. Selamat mencuba. 

Bahan-bahan :

5 potong ikan tongkol

1/4 inci lengkuas - dihiris nipis

1 inci kunyit hidup - dihiris nipis

1 sudu teh serbuk kunyit

2 ulas bawang merah - dihiris nipis

1 ulas bawang putih - dihiris nipis

3 keping asam gelugor

3 biji cili padi - diketuk

5 biji bendi

Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya

Cara-cara:

Masukkan air ke dalam periuk secukupnya.

Apabila air telah mendidih,masukkan hirisan bawang putih, bawang merah, kunyit,serbuk kunyit dan lengkuas dalam periuk.

Kemudian,masukkan pula ikan tongkol, asam gelugor, cili padi dan bendi.

Masukkan garam dan gula secukupnya.

Siap untuk dihidang.




Jan 10, 2018

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Daging Masak Kicap Super Sedap


Resepi Daging Masak Kicap Super Sedap | Berikut dikongsikan Resepi Daging Masak Kicap yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan anda semua. Selamat mencuba. 😃😃😃😃

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Daging (Ikut Hidangan) - Dihiris nipis
  • Bawang Besar (1-2 Biji) - Dihiris-hiris dan blend
  • Bawang Putih (2-4 Ulas) - Potong kecil
  • Cili hijau dan Merah dibelah dua
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Kicap (Secukup Rasa)
  • Asam Keping (2 keping)
  • 1 batang kayu manis
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak masak dan bila dah panas masukan kayu manis dan bawang yang diblend
  • Kacau sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukan hirisan daging dan asam keping. Kacau hingga empuk (Boleh tambah air)
  • Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih yang dihiris. Kacau.
  • Tambahkan semua sos-sos yang ada (tiram,tomato, kicap). 
  • Gaul sehingga sebati
  • Tambah sedikit air untuk kuah. 
  • Last, masukan cili merah dan hijau
  • biarkan sementara dan siap untuk dihidang!

Dec 9, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak


Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak | Antara masakan favorite tuan hamba. Ikan Patin Masak tempoyak. Masakan ini sinonim dengan Temerloh Pahang. Selamat mencuba semua. 😄😄😄😄

Bahan-Bahan yang diperlukan

  1. Ikan Patin segar. (Bilangan ikut suka korang)
  2. Tempoyak (2-3 senduk, lagi banyak lagi best tapi jangan banyak sangt)
  3. Cili ( ditumbuk - secukup rasa pedas yang anda inginkan)
  4. Daun kesum
  5. Kunyit hidup
  6. Garam
Cara Penyediakan Patin Masak Tempoyak

  1. Tumbuk cili,kunyit hidup jangan terlalu hancur. 
  2. Gaulkan tempoyak dengan bahan yang telah ditumbuk. Gaul sehingga rata.
  3. Panaskan periuk (boleh letak sedikit sahaja minyak). 
  4. Masukkan tempoyak+bahan yang ditumbuk beserta dengan air. 
  5. Tunggu seketika. Kemudian masukkan ikan patin kedalam periuk. 
  6. Letak garam secukup rasa.
  7. Tunggu sehingga menggelegak. Dan masukkan daun kesum.
  8. Biarkan beberapa minit.
  9. Ikan patin masak tempoyak sedia untuk dihidangkan. 


Dec 3, 2017

Assalamualaikum w.b.t


Resepi Pancake Coklat Mudah dan Sedap

Resepi Pancake Coklat Mudah dan Sedap | Untuk penggemar pancake, berikut adalah resepi untuk membuat pancake coklat yang cukup mudah dan dijamin anda bakal menikmati kesedapan hasil tangan anda sendiri. 
Bahan-Bahan Yang Diperlukan 


Bahan untuk pancake:
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 4 Sudu Besar Mentega
  • 2 Sudu Besar Jus Lemon
  • 4 Sudu Besar Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Baking Powder
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecik Garam
  • 1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady
Bahan untuk Toping Coklat:
  • 250g coklat bar, cincang kasar
  • 1/4 cawan butter
  • 1/2 cawan susu full cream dutch lady
  • 1 sudu besar tepung (tepung serbaguna atau tepung gandum)
Cara Penyediaan Pancake dan Toping Coklat
Cara untuk pancake
  1. Cairkan mentega.
  2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
  3. Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
  4. Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
  5. Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
  6. Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
  7. Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian.
Cara untuk coklat:
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah 'double boil'.
  2. Kemudian masukkan butter, dan susu. Kacau sebati.
  3. bancuh tepung menjadi pes yang pekat, masukkan kedalam bekas coklat dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.

p/s: Resepi ini diambil dari Resepi Pancake Coklat Iresepi 

Oct 27, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Apam Puri Sedap dan Mudah


Resepi Apam Puri Sedap dan Mudah | Pernah makan Kuih Apam Puri? Mungkin pernah makan namun tak mengenali nama kuih ini. Selain Apam Puri ianya juga dikenali sebagai Apam Sua, Apam Tokyo. Jadi senang ke nak buat Apam Puri? Berikut adalah Resepi Apam Puri Pandan yang mudah dan sedap. Selamat mencuba semua. 💗💗💗


👉 Bahan-Bahan Untuk Inti Apam Puri Pandan

1 Cawan Tepung Gandum
2 Sudu Besar tepung Kastard
1 cawan gula pasir
Sedikit pewarna (Kuning)

Cara-Cara: Blend semua bahan-bahan di atas dan masak dengan menggunakan api kecil. 

👉 Bahan-Bahan Untuk Kulit Apam Puri Pandan

2 Cawan tepung gandum
1 biji telur
1 peket mauripan
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air
Garam
Pewarna Kuning

Cara-cara: Blend semua bahan dan biarkan selama 5-10 minit. Letak adunan kedalam kuali dan biarkan sampai masak (Kering - Jangan terbalikkan). Letak inti dan tekan sampai ianya melekat. Siap untuk dihidang. 

Terima kasih kerana Resepi Apam Puri Pandan Sedap dan Mudah. Selamat mencuba resepi simple ni. Sesuai untuk dihidangkan bagi minum petang. Selamat menjamu selera. 😊😊😊😊






Oct 25, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Rempah Ikan Bakar Simple dan Sedap


Resepi Rempah Ikan Bakar Simple dan Sedap | Rempah/Pes/perencah satu element yang penting dalam penyediaan ikan bakar. Kesedapan menu ini dikatakan bergantung kepada cara penyediaan rempah ikan bakar ini. Jadi bagaimana cara penyediaan pes yang sedap? Hanya dengan bahan-bahan di bawah yang begitu senang untuk diperolehi, anda mampu untuk membuat resepi rempah ikan bakar anda sendiri. Mungkin jauh lebih sedap/murah daripada yang dibeli dipasaran. Berikut adalah Resepi Rempah Ikan Bakar Simple dan Sedap. Selamat mencuba. Resepi ini dikongsikan oleh Habeebah Md Daud. 

Resepi pes ikan Bakar:

2 inchi lengkuas
3 inci halia
5 btg serai
8 bj Bawang merah
1bj bawang holland
1sudu udang kering/belacan
8 bj cili padi.
3 bj cili merah
3 helai limau purut
.
Cara-Caranya:
1. Blander semua bahan sampai lumat.
2. Tumis dgn minyak yg agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping .
Tumis smpai pecah myk.siapp.!
**nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, buh dlm aluminium foil. Balut bagi kemas Bakar atas dapur.
**udang n sotong pon sesuai jgk.
**tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.


Sambal Air Asam

Blender dahulu ;
7-10bj cili padi(ikut citarasa nak pedas bubuh lebih)
2bj cili besar(merah)
2bj bwg merah
2sudu Pes asam jawa adabi
1sudu belacan
Garam gula(secukup rasa).
.
Dah siap blender, Campur dengan bahan hirisan dibawah🏼:
1bj tomato-hiris
3bj cilipadi -hiris
1bj bawang besar-hiris
2bj limau nipis(perahkan)
Gaul semua bagi sebati



Terima Kasih membaca Resepi Pes Ikan Bakar Simple dan Sedap Bersama Air Asam. Selamat mencuba. 😊😊😊😊😊

Aug 25, 2017

Assalamualaikum w.b.t


Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Padi | Review tentang masak lemak; masak lemak berasal daripada tradisi nusantara. Ianya sangat popular di negara rumpun melayu seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Jadi macam mana nak masak Ayam Masak Lemak Cili Padi? Jom mulakan. 


BAHAN-BAHAN AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


  • Ayam (Ikut Kauntiti yang diinginkan)
  • Minyak Masak
  • Serai (1-2 Batang)
  • Bawang Merah (3-5 Biji)
  • Cili Padi (10-15 Biji)
  • Santan
  • Daun Limau Purut
  • Asam Keping 
  • Garam secukup rasa
  • Daun Kesum 
BAHAN YANG DIKISAR 
  • Bawang, Halia dan kunyit dikisar bersama. Jangan terlalu lumat. 😉😉
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak masak. Bila minyak dah panas masukan bahan-bahan yang dikisar (Bawang+Halia+Kunyit). Tumis sehingga naik bau. 👃👃
  • Masukan ayam kedalam bahan tumiskan. Biarkan seketika untuk sebatikan ayam dan bahan tumisan. Kemudian masukan air. 
  • Seterusnya, masukan santan kepala, serai, daun limau purut, daun kesum dan asam keping. 
  • Tunggu sehingga mendidih dan pecah minyak. (Pastikan anda kacau hingga mendidih).
  • Siap dihidangkan! 💗💗


Jul 24, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Diet Mudah Menggunakan Telur | Telur merupakan Menu diet yang paling simple untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Sekarang aku pon dah tanam azam nak start balik berdiet ni. Sebabnya, pemakanan adalah faktor utama yang perlu kita titik beratkan untuk mendapatkan berat badan idaman. Menu ini boleh dipilih samaada mahu digoreng, direbus dan sebagainya. Berikut adalah beberapa menu diet yang boleh dicuba untuk yang berdiet. 

1- Telur Rebus (Masak separuh atau fully masak)



Nampak simple kan. Rasanya ini adalah menu yang paling senang dibuat sebagai menu diet. Setakat ni, biasanya aku makan untuk time breakfast. Quantiti 2-3 biji untuk setiap hidangan. Boleh tahan hingga lunch. 😊😊

2- Telur Dadar Kosong/ 'berinti'


Menu seterusnya adalah telur dadar. Korang boleh pilih untuk dimasak kosong ataupun ditambah 'inti' kat dalam. maksudnya, letak bawang, garam dan sebagainya. Tapi pastikan bahan yang nak ditambah takkan menganggu diet korang. Then, goreng dengan quantiti minyak yang sedikit. 

3- Telur Bistik 



Biasanya menu ini untuk lunch ataupun dinner. Korang boleh buat berkuah sikit tapi dalam kuantiti yang sedikit. Boleh ditambah ayam dan sayur-sayur. Tapi elak tambah daging okay. Cara nak menyediakkannya cukup senang. Kalau tak tau google. hhihihih

4- Telur Hancur 



Menu yang terakhir, Telur Hancur. Pecahkan telur letak sikit garam pastu letak dalam kuali. Kacau hingga jadi hancur. Sesuai untuk breakfast,lunch ataupun dinner.