Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Jul 13, 2016

Assalamualaikum w.b.t

faktor kegagalan sesebuah GA


Pertamanya penulisan ni takde kena mengena dengan mana-mana giveaway/segmen yang dianjurkan oleh sahabat blogger sekalian. Entri kali ini adalah sekadar untuk aku coretan apa yang ada dalam benak fikiran aku. Jadi apa yang menyebabkan aku tertarik untuk join Giveaway dan segmen yang dianjurkan?

  • Perkara pertama yang aku lihat adalah syarat-syarat yang ditetapkan penganjur. Jujur aku katakan kalau syarat yang terlampau banyak, aku takkan join giveaway/segmen tu walaupun hadiahnya menarik. Sebab itu aku suka join sesuatu yang simple; Contoh, kena follow blog dan like page.
  • Kedua, aku akan tengok 'sejauh' mana entri tersebut boleh memberi trafik kepada blog ni. Untuk kes macam gini aku suka untuk join segmen seperti "Segmen Blogwalking" "Follow-mollow". Segmen jenis ini memang mudah nak kasi trafik tambahan biasanya syarat takdelah menggunung. 
  • Support sahabat blogger. Nak-nak blogger yang memang suka bertandang kat blog aku ni. Dengan niat nak memeriahkan giveaway/segmen diorang.
  • Aku suka join segmen/giveaway blogger yang handle GA/Segmen secara solo. Rasanya ini disebab perkara nombor 1 kat atas. Sebabnya, semakin ramai Sponsor semakin banyaklah syarat.Kahkah


Ini antara faktor penarik untuk aku join Giveaway/Segmen. Sedikit nasihat buat blogger yang mungkin merancang nak buat 1st giveaway/segmen, pertama pasti syarat yang mudah dan langsung tak menyusahkan orang lain untuk turut serta. Seriously, faktor syarat sesebuah Giveaway/segmen tu sangat penting. Ada orang syarat berlambak-lambak dia letak. Sekali lagi entri ini tidak ada kena mengena dengan blogger di luar sana. Sekian. 


May 19, 2016


Assalamualaikum w.b.t

Mungkin satu slot yang dirasa mampu untuk menarik minat pendengar. Tapi kalau prank yang berkaitan dengan harapan hidup seseorang rasanya sangat melampau. Seakan memberi harapan setinggi gunung tetiba gunung tu hancur berkecai. Mungkin bukan salah stesen radio itu sebab biasanya akan ada 'si Kepala' terdiri daripada keluarga, kawan-kawan yang merancang tapi bagi aku tugas diorang perlulah tapis selok-eloknya dulu. Masyakat kita hari ini dah berfikir maju ke depan. Apa yang dapat, prank orang selepas tu gelak ramai-ramai. Dah semesti aku percaya ianya bukan aku seni yang perlu dibanggakan. Kat bawah conversation netizen mengenai prank disebuah stesen radio terkemuka Malaysia. 






Sumber : Media Malaysia

Oct 11, 2015

Assalamualaikum w.b.t


KUNCI MASJID JALAN TERBAIK?



Terpanggil untuk berkongsi buah fikiran dan pendapat bilamana membaca satu entri yang ditulis oleh Kak Aiza(Pencuri punya pasal). Bila dilihat hari ini, kes-kes kehilangan tabung masjid, masjid dipecah masuk pencuri tidak lekang menjadi topik-topik perbualan dalam kalangan masyarakat kita. Hingga aku dan mungkin korang juga terfikir, tidak takutkah golongan-golongan sebegitu hinggakan dalam masjid sanggup mencuri? Memang betul, bia hati dah diselubungi titik-titik hitam perasaan takut tu berubah menjadi satu kegembiraan dalam hati.

Baiklah, berbalik pasal tajuk aku hari ini, kunci masjid jalan terbaik? Apa yang korang fikir? Ini adalah pendapat aku, mungkin setiap orang lain pendapat. Seperti yang kita sedia maklum, masjid ni salah satu pusat kemasyarakatan. Setiap orang yang hadir, mungkin mempunyai tujuan yang berbeza. Ada yang datang untuk menunaikan kewajipan lima waktu. Ada yang sekadar untuk bertafakkur kepada Allah dengan merendahkan dan menyerahkan diri hanya untuk Allah. Jadi pendapat aku, tindakkan mengunci pintu masjid setiap kali selesai solat fardu adalah tidak patut. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mengelak kes-kes kecurian. Bila difikirkan, hanya kerana takut duit/tabung hilang fungsi masjid dalam Islam itu juga lenyap bersama-sama. 

Jadi, bagi aku; mungkin AJK masjid kat sesebuah tempat patut juga fikirkan jalan lain berbanding mengunci pintu pagar masjid. Pencuri ni kalau diorang nak mencuri, pagar pun sanggup dipanjat. Apa yang aku fikirkan, tabung bergerak patut diperkenalkan. Dalam kata mudah, tabung boleh diangkat dengan senang-senang. Bila selesai waktu solat, AJK masjid nilah yang berperanan simpan tabung tu elok-elok. Jangan dibiarlah diam dalam masjid. Lagi? Mungkin untuk tabung utama masjid, duit derma bolehlah diambil terus. Tak payah simpan lama-lama dalam tu. Yang selebihnya, berserahlah pada Allah. Moga pencuri-pencuri tabung masjid ni mendapat hidayah daripada-Nya. 


Sep 27, 2015


Assalamualaikum w.b.t

BUDAYA MEMBALAS KOMEN

Post yang lepas aku ada menyentuh perihal Blogger pilih bulu. Alhamdulillah, banyak pendapat dan pandangan yang dilontarkan oleh setiap blogger yang singgah. Jadi, post kali ini aku nak kongsikan perlukah budaya membalas komen yang ditinggalkan oleh blogger pada setiap post korang? Apa pendapat korang semua? Sebelum tu, aku suka untuk memperingatkan macam mana terjadi dan terhasilnya komunikasi. Komunikasi berlaku bila wujudnya, dua atau lebih individu dalam satu masa. Dan yang paling penting berlaku dalam dua hala dan berulang. Maknanya, ada penghantar dan penerima dan penghantar boleh menjadi penerima dan penerima boleh menjadi penghantar.(fuhh Panjang mukaddimah).

Berbalik kepada soalan aku, perlukah budaya ini? Pandangan aku, seikhlas hati aku merasakan ianya perlu. Sebabnya, budaya membalas komen ni mampu mewujudkan satu komunikasi yang berkesan sesama blogger. Aku lebih suka untuk tinggalkan komen pada mana-mana blog yang tuan empunya blog suka untuk reply komen aku. Sebabnya, rasa komen aku itu dibaca oleh mereka. Dan apa yang pasti, aku akan kerap berkunjung ke post tersebut hinggalah 'proses' berbalas komen ni berakhir. Jadi apa yang korang dapat? Apa yang pasti, confirm pageview meningkat dan akan ada blogger yang setia untuk membaca setiap post yang diterbitkan. 

Aku juga suka nak balas komen setiap blogger bila diorang drop komen pada mana-mana post terbaru aku. Dapat juga bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Kat sini aku suka nak listkan antara blogger yang suka balas komen rakan blogger diorang : Kak Farrah ( From FAMF Tower) dan Kak Aiza ( Mizz Aiza). Jadi tak rugi jika korang semua membalas setiap komen yang ditinggalkan.

May 28, 2015

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Isu kemanusiaan Rohingya bukanlah sesuatu yang baru. Sebenarnya telah lama mendapat perhatian dunia sehinggalah ke hari ini. Terbaru apabila sekumpulan masyarakat Rohingya yang terkandas di luatan. Banyak reaksi yang dikeluarkan oleh masyarakat tempatan. Ada yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Ada beberapa komen yang mengatakan tindakkan kerajaan Malaysia yang tidak memberi bantuan adalah sesuatu yang memalukan. Aku tertarik melihat satu komen facebook yang telah dikeluarkan oleh seorang yang berstatus warganegara Malaysia.

 

Sebenar Malaysia antara negara yang mengambil warga Rohingya ini untuk menetap secara sah di negara kita. Rasa tak adil untuk kita melihat hanya satu kes sehingga kebaikkan yang sebelumnya kita lupakan. Jika difikirkan negara kita bukanlah sebuah negara yang besar. Jika kita perhatikan sekarang terutamanya di Ibu Kota berapa ramai warga asing yang menetap di sini sehinggakan warga kita sendiri tak dapat dibezakan. Secara jujurnya, di Terengganu(negeri aku) mungkin rakyat di sana tak nampak perbezaan yang ketara berkaitan isu gelandangan dan warga asing kerana hanya bilangan yang kecil sahaja yang menetap di sana berbanding di ibu negara. Tapi bila aku berpeluang untuk mengenal dunia luar barulah dapat aku tampak perbezaan yang ketara. 

ZIARAH MAHABBAH KE MADRASAH HASHIMIAH 

Ziarah Mahabbah ke Madrasah Hashimiah Batu cave

Antara kanak-kanak Rohingya yang menjadi penghuni madrasah 



Di Malaysia sendiri dianggarkan seramai 20 000 kanak-kanak Rohingya yang berdaftar di Malaysia. Ini tidak termasuk meraka yang dewasa dan berusia. Persoalannya; adakah ini yang dikatakan 'TIDAK MEMBANTU'? Alhamdulillah awal bulan ini aku berkesempatan untuk menziarah salah satu madrasah yang menempatkan kanak-kanak Rohingya. Ini antara bantuan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia dan amnya Malaysia untuk isu kemanusiaan Rohingya ini. Jadi pendapat yang lahir dari hati aku sendiri, setiap orang berhak memberi pendapat masing-masing. Isu Rohingya ini adalah isu kita sendiri untuk saudara seislam dengan kita. Tapi janganlah sampai mengutuk dan menghina negara tumpah darah kita. Jadilah seorang yang berhikmah dalam percakapannya. Sekian.


Feb 14, 2015

Assalamualaikum w.b.t





"Dunia ini terlalu luas untuk kita berjalan. Jadi teruskan berjalan hinggalah sampai pada satu persimpangan pengakhiran."

Carilah cahaya itu. Cahaya yang mampu untuk menerangi kehidupan dunia dan yang pasti mampu dibawa ke sana nanti. Adakalanya kita lebih suka meninggalkan sesuatu yang kecil untuk memcari sesuatu habuan yang lebih besar. Saat jiwa dikit demi dikit menjadi papa kedana. Sehingga menelanjangkan  keseluruhannya. Naluri kecil berbisik halus "Kenapa dengan aku?". Tapi ego tetap membatasi segalanya. Norma kebaikan dibusukkan. Menyanjung segala norma kedajjalan. Ini bukan lumrah kehidupan. Ianya pentas lakonan dunia yang dicipta oleh diri sendiri.

Segala kesilapan sukar untuk diakukan. Jadi didiklah jiwa. Balutilah dengan corak warna yang indah. Sebabnya? Dunia ini tempat untuk kita menuai. Pungutlah hasil itu disana kelak. Bidas jauh segala kerosakkan. Hilangkan segala bau hanyir yang meracun hati. Tiada istillah kita keseorangan. Disebabnya Yang Maha Pencipta sentiasa bersama dengan setiap jiwa yang hidup. Megharap, meminta dan mengadulah kepada-Nya.

Jan 20, 2015

Assalamualaikum w.b.t


Imej daripada carian google

Mungkin satu tajuk yang sensitif. Tapi aku terpanggil untuk menulis dan meluahkan segala yang terpendam. Sememangnya inilah satu realiti yang perlu para graduan yang suci bersih untuk mendapatkan pekerjaan. Aku bukanlah nak condemn mana-mana pihak dalam hal ini. Tetapi sekadar ini mencoret pendapat untuk dunia hari ini. 2 Minggu lepas kawan aku dapat menghadiri temuduga SPA. Bila ditanya macam mana result? Katanya tak dapat. Tak ada rezekilah tu. Tapi rakan sekerjanya boleh jawatan sebagai ahli farmasi. Aku pun kata.

Aku: Senang pulak member kau tu dapat. Rezeki dialah tu.
Si A: Dia ada contact orang dalam. Tu kot senang dapat.

Aku: oooo.. Kenapa kau tak main cable jugak?? [Ayat nak mainkan member aku]

Sebelum aku masuk universiti hari tu banyaklah borang yang hendak diisi. Salah satunya borang menyerahkan bantuan daripada yayasan Terengganu dan mesti mendapatkan cop daripada YB. Adalah satu keluarga yang datang. Fikiran awal aku mungkin nak dapatkan cop juga. Dengar daripada perbualan mereka katanya nak dapat surat sokongan daripada YB tu untuk menghadiri temuduga pekerjaan. Nak dapatkan surat sokongan itu tak salah. Tapi biarlah daripada medium yang betul. Contohnya daripada majikan yang pernah kita semua kerja. 

Itulah realiti. Dalam hati bila grad nanti macam manalah aku nak dapatkan kerja ni. Tapi hati kuat mengatakan. Takpe rezeki telah ditetapkan oleh Allah. Ulat dalam 'batu' pun Allah berikan rezeki inikan kita manusia. Setiap manusia itu telah ditetapkan rezekinya oleh Allah sejak azali lagi. Apa yang penting percaya dan yakin dengan janji Allah itu. 


Dec 31, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Tahun 2014 penghabisannya

Alhamdulillah. Sampai ke penghujung 2014 untuk tahun masihi. Sememang nya meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Samaada ujian untuk diri kita dan negara tercinta. Mungkin 2014 ini harus menjadi titik tolok buat kita semua bagi menghadapi hari-hari di tahun baru masihi. Sedikit perjalanan yang dapat aku kongsikan di sini; apa yang berlaku sepanjang tahun ini. Disamping dengan pelbagai kejayaan yang diperoleh oleh negara namun ada juga yang terpalit kesuraman dan kenangan pahit untuk dikenang oleh kita semua.

PERISTIWA TAHUN 2014 YANG PASTI DIKENANG UNTUK SELAMA-LAMANYA [MALAYSIA]

Misteri Kehilagan MH370

[1] Dunia dan terutamanya negera kita dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS) yang sehingga kita masih belum didapat diselesaikan. Kehilangan ini menjadi titik permulaan kepada peristiwa hitam yang melanda negara kita. Walaupun pelbagai peralatan canggih digunakan misi untuk mencari masih menemui jalan buntu. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui segala-galanya disebalik kehilangan misteri Pesawat MH370. Walaupun pelbagai teori dan andaian yang timbul Semoga misteri ini terungkai dengan pertolongan Allah.

Al-Fatihah Tragedi MH17

[2] Selang beberapa bulan peristiwa MH370 sekali lagi pihat untuk ditelan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia apabila MH17 dipercayai ditembak jatuh di sempadan rusia-Ukraine. Satu lagi tamparan hebat yang perlu dihadapi oleh negara kita. Lebih menyayat hati apabila kesemua penumpang dan anak kapal terkorban. Begitu berat untuk kita lalui apatah lagi keluarga mangsa-mangsa nahas. Apa-apa pun carilah hikmah disebalik perkara ini. Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.Al-Fatihah.

Bencana Banjir 2014

[3] Tirai 2014 ditutup dengan bencana banjir yang dihadapi oleh beberapa negeri di Malaysia. Terutamanya negeri-negeri disebelah pantai timur Terengganu,Kelantan dan Pahang. Bagi aku sendiri ini adalah banjir yang terburuk yang pernah berlaku dalam negara kita. Terutamanya kelantan apabila kelihatan seperti sebuah pulau untuk beberapa kawasan. Pelbagai masalah yang timbul semasa berlakunya bencana ini. Mencari salah antara satu sama lain juga tidak terkecuali. Apa-apa pun keprihatinan khususnya rakyat Malaysia patut dipuji dengan pelbagai bantuan yang disalurkan. Moga semua keluarga yang terlibat dalam bencana banjir ini terus bertabah dengan dugaan Allah SWT.

KEHADIRAN TAHUN 2015 LEMBARAN TAHUN BAHARU MASIHI

Semoga sinar baru tahun 2015 mewarnai hari-hari yang mendatang. Segala yag berlaku pasti memiliki hikmahnya yang tersendiri. Aku pernah terbaca satu status yang dikeluar sesorang pada laman Facebook berkaitan banjir. "Allah dah aturkan segala-galanya.Perancangan-Nya sememangnya sempurna.Banjir yang dihadapi ini juga mempunyai hikmahnya apabila semua sambutan tahun baharu dibatalkan.Maka berkuranglah kes-kes anak luar nikah, seks bebas, dan pergaulan bebas pada malam tahun baru itu." Ini salah satu daripada hikmah atas semua ini. Semoga kita menjadi lebih baik. Amin.





Dec 1, 2014

Assalamualaikum w.b.t


animasi bunga sakura
Nikmat menghirup pinjaman gas bernyawa dari Pencipta. Alhamdulillah. Hari bersilih ganti. Yang lama bertukar baharu. Itulah kitaran kehidupan sang Makhluk. Yang hidup ada matinya. Yang tegang pasti akan merasai kedutnya. Tapi pengorbanan tetap akan terus menerpa setiap inci celah-celah kehidupan. Ada antara kamu semua sampai nyawa berada di hujung kali masih perlu berkorban. Mungkin itu yang sudah  tertulis oleh-Nya untuk kamu. Setiap bentuk pengorbanan yang kamu lakukan pasti ada sebab mengapa kamu tegar melakukannya. Mungkin kekadang hati berbisik halus mempersoalkan mengapa perlu kamu berkorban. Berkorban bukan untuk manfaat diri tapi manfaat orang sekeliling. 

Lenyapkan dengusan halus ini. Suara ganjil yang selalu menghasut diri. Buang jauh-jauh. Kerana aku percaya setiap hidupan perlu untuk berkorban. Walaupun bukan untuk diri. Biarlah pengorbanan itu untuk wajah-wajah keliling kita. Sebabnya. Kita semua adalah suadara. Ya! Bukan kita semua bersaudara? Itulah jawapan yang telus dari hati. Walaupun mungkin hati ini sendiri punyai titik hitamnya. Tapi mungkin dengan pengorbanan ini menjadi tukaran untuk memutihnya kembali. Ya, aku sunggup.



Aug 21, 2014

Aug 20, 2014

Assalamualaikum w.b.t


tip-tip kawin muda
Tip-tip kahwin muda

Alhamdulillah.Seperti yang umum mengetahui,Kahwin dalam usia muda telah mejadi trend pada era globalisasi ini.Sebenarnya,kahwin pada usia muda ini banyak kelebihannya tetapi apabila ianya dipandang enteng kahwin dalam usia muda juga boleh membawa keburukkan kepada seseorang.InshaaAllah sedikit perkongsian mengenai Tips kahwin Muda.Tips kahwin muda ini dikongsi hasil daripada artikel yang dijumpai di facebook.Moga membawa kebaikkan dan manfaat kepada kita semua.InshaaAllah.

8 TIPS KAHWIN DALAM USIA MUDA

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2-Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3-Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4-Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5-Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

6-Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

7-Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

8-Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

KONKLUSI PERKAHWINAN DALAM USIA MUDA

Alhamdulillah.Moga bermanfaat buat mereka-mereka yang berhasrat untuk menamatkan zaman bujang untuk berkahwin dalam usia muda.Sesungguhnya jika niat kita itu benar-benar ikhlas semuanya bakal dipermudahkan oleh-Nya.Perkahwinan itukan satu sunnah dan inshaaAllah niat untuk membina masjid itu bakal Allah permudahkan.Amin.


SUMBER DIOLAH DARIPADA:TIPS KAHWIN MUDA

Aug 18, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Mitos pokok ara
Ihsan google wikipedia:Pokok Ara

Salam ceria semua.Alhamdulillah.Syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan.Pernah tengok pokok Ara?Pokok yang tumbuh begitu besar dan sangat-sangat menakutkan.Di kampung aku ada satu pokok ara yang begitu besar yang tumbuh meliar.Menurut apa yang aku dengar daripada cerita orang kampung,pada asalnya pokok ini hanyalah parasit kecil yang menumpang untuk hidup diatas sepohon pokok jering.Akhirnya pokok jering itu mati dan bertakhtalah sepohon pokok ara yang sangat besar.Aku sendiri gerun dan seram melihat pokok ni.Dahlah besar,akarnya pula bukan main besar lagi.

Apa yang menjadi persoalannya:Pokok ini selalu dikaitkan dengan mitos puaka.Percaya atau tidak?Apa yang aku faham bukan kita yang berketurunan manusia sahaja hidup di muka bumi ini.Benda ghaib yang tidak bercapai oleh pancaindera pun wujud di sekeliling kita.Jadi mungkin benda ini berunsurkan jin ataupun syaitan.Tapi orang dulu-dulu lebih senang untuk menyebut lembaga ataupun hantu.Sebenarnya banyak cerita seram yang berkaitan dengan pokok Ara ini telah pun dikongsikan oleh penduduk kampung aku.Dan sehingga kini pokok ini masih wujud dan masih juga dikenali sebagai pokok ara berpuaka.

KISAH SERAM POKOK ARA:KHAYALAN ATAUPUN REALITI

Sebenar kisah ini telah pun berlalu sejak bertahun lamanya.Arwah Tok(panggilan untuk nenek) aku pernah ceritakan dia ada melihat kelibat beberapa lembaga putih yang melompat-lompat keriangan.Hari itu hujan renyai-renyai membasahi perut bumi.Rumah tok aku hanya selebih kurang 1 kilometer dengan pokok ara tu.Pada sautu hari jumaat arwah ada melihat lembaga putih bergembira bermain hujan dibawah pohon ara yang sebesar itu.Seram pula mengingati cerita ini.Adakah ianya realiti ataupun fantasi?

Seorang lagi jiran aku pernah cedera akibat ditolak oleh satu lembaga.Cerita bilamana jiran aku ini pergi ke kebun untuk mengambil buah duku.Kebun tersebut berhadapan dengan pohon Ara ini.Bila panjat je pokok duku,terus terdengar suara seseorang menyapa dan memarahinya sebab mengambil buah duku tersebut.Entah macam mana dia boleh jatuh dari pokok duku.Bila balik rumah habis berdarah dan luka-luka badan jiran aku ni.Persoalan kedua apa motif semua ini?

MENJAWAB PERSOALAN YANG DILONTARKAN

Aku terfikir mengapa semua ini terjadi?Dari mana asalnya semua ini.Sememangnya kita tidak dapat mengelak untuk mempercayai kewujudan perkara-perkara ghaib di sekeliling kita.Hantu ini mungkin asal daripada syaitan mahupun jin.Seperti yang kita ketahui,benda-benda ini semua suka akan tempat-tempat yang kotor.Sebab itulah Islam menganjurkan kita semua untuk menjaga kebersihan.Apa yang dapat aku perhatikan pada persekitaran pokok Ara itu.Suasananya sangat kotor kerana dipenuhi dengan sampah-sampah disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri.

Orang dulu-dulu lampin bayi,sampah-sarap sewenang-wenangnya dihumpan dicelah-celah akar pohon tersebut(Sekarang tak tahu).Itulah mentaliti masyarakat yang sukar untuk kita ubah.Bukanlah syaitan-syaitan dan jin-jin itu suka akan tempat-tempat yang kotor.Jadi akibat daripada kerakusan tangan-tangan manusia yang menjadikan semua ini berlaku.

Konklusi yang dapat disimpulkan,kewujudan benda-benda ghaib ini ada disekeliling kita.Bukan kita sahaja yang tinggal mendiami bumi ciptaan Allah ini.Pernah aku membaca aku artikel yang menyatakan satu analogi yang mudah daripada 100%;90% daripadanya adalah malaikat.Manakala 10% selebihnya adalah jin dan manusia.Bila dihuraikan daripada jumlah 10% itu jumlah jin adalah 9:1.Bermaksud hanya hanya aku bahagian manusia daripada nilai 10% tersebut.Sekian.


Aug 11, 2014

Assalamualaikum w.b.t



"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"[Surah Ar-Rahman]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan nikmat yang dikurniakan masih dapat bernafas untuk saat dan tika ini.Alhamdulillah.Kejamnya Manusia sehingga sanggup menodai diri sendiri.Dengan pelbagai nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita semua tetapi masih lagi segelintir manusia berusaha mengubah nikmat itu.Nikmat hadir dalam pelbagai cara.Nikmat keamanan,Nikmat masa lapang,Nikmat kesihatan dan 2 nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam dan Iman.Alhamdulillah.

Rupa bentuk wajah yang sempurna juga merupaka salah satu nikmat yang telah Allah swt kurnia kepada manusia.Samaada orang itu Islam mahupun sebaliknya.Itulah tandanya Allah itu Maha Adil terhadap makhluk-Nya.Tapi masih lagi ada yang tidak bersyukur dengan nikmat paras rupa yang Allah berikan.Cukup sempurna sifat-sifat yang diberikan dengan 2 pasang mata,2 pasang telinga dan pelbagai lagi.Namun ada yang telah mengubah ciptaan Allah ini.Mengubah rupa asal,yang lelaki mahu jadi perempuan dan sebaliknya.Tidak cukup dengan itu,ada yang mengubah diri menjadi Anjing.Menambah tanduk-tanduk di muka.Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian yang telah Allah kurniakan?Dangkalnya pemikiran golongan ini.Allah berfirman:


"Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"[surah At-Tin 95:04]


Lihat sahaja bagaimana rakusnya manusia mengubah bentuk sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan.Malah mereka merasa bangga dengan bentuk yang telah mereka ciptakan itu.Nauzubillah.Persoalannya mengapa terjadi perkara sebegini?Sebab tiadanya iman dalam diri.Agama mereka sendiri tidak mampu menjaga mereka.Maka sebab itu Islam itu indah.Merangkumi segala-gala aspek dalam kehidupan.Mungkin apa yang melontarkan persoalan:"Ada juga orang Islam yang bertindak diluar batasan mereka"

Jawapannya mudah.Bilamana Islam itu hanyalah pada nama sahaja.Kehidupan seharian langsung tidak menggambarkan keislaman mereka.Dari segi pergaulan dan aktiviti seharian.Solat wajib lima waktu,adakah mereka jalankan.InshaaAllah bila kesemuanya dikerja mengikut garis panduan yang Allah dan ajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad saw, inshaaAllah hidup pasti dipenuhi dengan keberkatan.Ingat akan sabda Nabi Muhammad saw:

Dari Abu Hurairah r.a,Nabi saw bersabda yang bermaksud:

"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dengan dua perkara yang kamu sekali-kali tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya;iaitu kitab Allah(Al-Quran) dan As-sunnah"

Aug 9, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Warna-warni kehidupan.

Repost:Macam mana warna kehidupan korang untuk hari ini?Tenang umpama langit membiru?Putih sesuci putihnya baldu?Harap bukannya hitam yang gelap gempita dan bukan jua kelabu yang sentiasa mendung.Hari ini aku just yang tulis pasal warna warni yang mencorak kehidupan kita semua.

Mencorak warna kehidupan merupakan sesuatu yang amat penting dalam menyusuri kehidupan kita.Hidup mesti dihias dengan pelbagai variasi warna untuk menjadikan hidup kita sentiasa bermakna.Adakalanya kita menitik setitik warna hitam dalam kehidupan bila berdepan dengan situasi yang membuatkan kita hilang pertimbangan.Saat itu kita kembali mencuba untuk meletakkan kembali warna-warna ceria bagi melindung  merebaknya warna hitam.Tapi mengapa hitam yang kita benci?Namun disebalik warna hitam itu sebenarnya mengajar kita untuk menambah variasi warna yang membahagiakan dalam diri kita.Hitam tak semestinya kotor dan bukan jua simbol kejahatan.Daripada hitam kita boleh menukarnya menjadi putih.Analoginya bila baju kita dipenuhi kekotoran tapi kita tetap berjaya memutihkannya semula dengan pelbagai catalyst yang diguna.Maknanya bila diri kita dihempit kesusahan berusahalah mencari sesuatu yang dapat menolong kita bagi mengembalikan warna hidup kita yang asal.Jangan biarkan diri menhadapinya sorang-sorang.

Aku suka menjadi sebaris pelangi.Mengapa?Sebab walaupon hanya seketika sahaja muncul tapi mampu menampakkan sejalur warna yang indah.Walaupon hadir tanpa sinaran bersama tetapi tetap mampu mengembirakan hati orang melihatnya.Sebab itu aku berusha menjadi sebaris pelangi itu.Walaupon susah diri ini tetap akan mencuba sampai berjaya.Aku juga berusaha menjadi sang matahari.Sentiasa menolang bulan dengan menyalur cahaya tika malam menjelma.Menolong hidupan untuk mencari rezeki kala siang bertandang.Begitu juga dengan hujan.Mendinginkan bumi bila diserang musim gersang.Menyegarkan tumbuhan yang hausan kekeringan.Itu erti sebuah warna kehidupan.

Aug 7, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Mengakui kesalahan yang kita lakukan.Masa untuk berubah

SENTIASA BELAJAR MENGAKUI KESALAHAN
Sebelum tutup lampu!Sentiasa mengakui kesalahan diri sendiri.Dan jangan cuba untuk mencari dan letakkan kesalahan kepada orang lain.Kadangkala inilah putaran kehidupan yang sememangnya kita patut dan perlu amalkan.Sebab mengalah itu bukan bererti kita tewas.Mengaku kalah jika sememangnya itu adalah kesalahan yang salah.Ramai sahaja yang berusaha menegakkan benang yang basah,sedangkan pada hakikatnya terang benderang perbuatan ataupun kenyataannya itu salah.Kita sememangnya ego untuk mempertahankan diri masing-masing sehinggakan yang benar itu dikatakan salah,yang baik itu dikatakan sesat.Adakah itu adat resam yang patut kita amalkan?Tepuk dada tanya selesa.Padam lampu.



Jul 29, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Melangkah ke alam pekerjaan merupakan salah satu cabang yang mencabar bagi setiap orang yang baru pertama kali masuk ke alam pekerjaan ini.Pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh setiap graduan yang baru memasuki alam pekerjaan ini.Oleh sebab inilah setiap graduan perlulah mempersiapkan diri samaada daripada segi mental dan fizikal bagi membolehkan kita semua bersedia menghadapi cabaran yang berliku ini.InshaaAllah hari ini aku nak bincangkan dilema yang dihadapi oleh para graduan secara santai tetapi berilmiah.InshaaAllah.

Jul 16, 2014

Assalamualaikum w.b.t

dalam sekolah kehidupan

Kehidupan menjadi satu medan untuk mengenal sebuah kehidupan.Dalam sebuah sekolah kehidupan kita terpaksa dan semestinya memerlukan kekuatan untuk merempuh segala cabaran dan dugaan yang ada.Mungkin ada yang mengatakan "kehidupan itu tidak adil".Persoalannya mengapa kehidupan itu tidak adil?Suasana tindas menindas di sana-sini.Perkataan kaya bertambah kaya,miskin bertambah miskin kekadang itu jika difikirkan ianya sangat-sangat relevant untuk kita gunakan.Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui mengapa semua ini berlaku.Jadi kita perlu bijak untuk bermain dengan mainan kehidupan ini.Pandai mengatur segala strategi yang ada untuk terus berada dalam arus kehidupan yang sebenar.

KAYA TERUS KAYA,MISKIN TERUS MISKIN

Kekadang itu aku sering perhatikan suasana ini sentiasa berlaku dalam kehidupan kita.Apabila punyai kuasa terus dapat memonopoli segalanya.Akibatnya yang tidak berada itu terus tersepit dalam kehidupan mereka sendiri.Namun hakikatnya mereka yang mempunyai kuasa dan kebendaan ini patut menolong memberi sinar kehidupan kepada yang memerlukan.Persoalannya adakah ini yang berlaku?Mungkin ada sebahagian yang berhati basah dan mungkin sebahagian terus keras membatu untuk menghulurkan pertolongan.Kuasa dan harta itu sebahagian daripada ujian yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya.Macam mana mereka yang punyai kedudukan dan kuasa menolong orang bawahan yang memerlukan bantuan.Segala apa yang kita ada sekarang ini bakal dipersoalkan oleh Allah pada akhirat kelak.Kekayaan itu mungkin boleh menjadi penyelamat dan bencana kepada kita.

Adakalanya ramai antara kita lebih mengira status seseorang.Kalau orang itu kaya-raya semuanya dipandang mulia.Namun mereka yang tiada apa-apa dipandang sebaliknya.Mungkin inilah sebuah hakikat yang sering berlaku dalam hidup kita.Samaada ianya berlaku terang-terangan dipersekitaran kita atau pun sebaliknya.Mungkin mulai sekarang yang 'ditindas' perlu terus untuk membuka serapang empat mata untuk terus bertindak.Biar kita miskin dengan harta tapi kaya dan ilmu agama di dada.Jangan kita menjadi kaya dengan harta tapi hati kelam tidak bermaya ataupun miskin dengan harta dan miskin pula dengan nilai kerohanian dalam diri.Alangkah ruginya.

Apa yang penting kuatkan berusaha dan pasti dengan pertolongan Allah.Kekayaan itu boleh dicari selagi kita punyai usaha dan harapan hanyalah kepada Allah.Janganlah hanya berdoa dan berikhtiar sedangan usaha tidak diselarikan.Harta itu bukanlah datang bergolek kepada kita.Kalaulah konsep ini terus di mainkan dalam sekolah kehidupan perkataan sikaya terus kaya dan si miskin terus miskin akan terus berkuasa.Masa untuk semuanya bangkit.Sesungguhnya Allah telah aturkan segala rezeki buat hamba-hambanya!Buka lampu hati untuk memadam segala kegelapan itu.

Jul 6, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Kebahagian dalam kehidupan
Bahagiakah kita selama ini??Adakah kebahagian itu terlalu subjektif?

Alhamdulillah.Masih lagi diberikan nikmat kesihatan oleh Allah untuk terus bernafas dalam bulan Ramadan ini.Syukur dipanjatkan kehadrat illahi kerana kita semua berjaya menempuh Ramadan bagi minggu yang pertama.InshaaAllah minggu ke-2 Ramadan bakal kita hadapi dengan penuh keimanan dan kesabaran.Sering kita dengari perkataan Bahagia.Macam mana korang semua faham perkataan Bahagia itu?Secara bahasanya Bahagia itu dapat ditakrifkan sebagai suasana senang dan aman,aman damai serta gembira.Secara islamiknya bahagia membawa erti memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan.Allah berfirman:

"orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"[Surah Al-Rad' 13:28]

Jadi tenang itu juga berkait dengan hati.Bila hati bersih dan redha dengan semua yang terjadi,secara automatiknya diri mencapai tahap kebahagian dalam kehidupan kita.Melakukan segala amanah dan ibadah yang telah dipertanggungjawabkan selaku seorang khalifah di dunia dan Hamba kepada Allah swt.Mampukan Harta membeli sebuah kebahagian itu?


KEKAYAAN SEBAGAI CARUMAN SEBUAH KEBAHAGIAN??


Persoalannya,mampukah kekayaan berupa harta benda untuk menjamin sebuah kebahagian itu?Bagi aku sendiri, kekayaan itu boleh dianggapkan sebagai element dalam sebuah kehidupan untuk mencapai kebahagian.Bukan semua orang berada mampu menggunakan kemewahan mereka untuk membeli kebahagian.Mungkin dari segi luarannya kita mampu menyatakan mereka bahagia.Tapi bagaimana dengan dalaman?Dalaman tidak betul-betul digilap dengan amanah yang dipegang.Jadi, bagi aku bahagia itu bukanlah perkara subjektif untuk dibicarakan tetapi berkaitan rapat dengan etika hidup dan pegangan kita kepada Tuhan yang satu yakni Allah.


Apr 23, 2014

Assalamualaikum w.b.t

durjana Facebook

Pekembangan laman-laman sosial yang tidak dapat lari daripada kehidupan masa kini.Pertambahannya selari dengan kemajuan teknologi yang dicapai.Mungkin ini merupakan salah satu medium yang berkesan untuk membantu orang ramai.Bercakap pasal laman sosial,blog merupakan sebahagian daripada laman sosial yang mungkin ramai digunakan.Dan facebook merupakan "Social Networking" yang paling popular digunakan oelh setiap orang.Kerana,aku yakin dan percaya majoriti pelajar mahupun pekerja mahir mempunyai facebook.Tapi,kekadang diri ini tertanya apa yang membuat seseorang itu terlalu addicted dengan facebook?Bercerita mengenai facebook,sejak kebelakangan ini banyak pula kes-kes jenayah yang berlaku.Apa silapnya?

Kes yang palinh popular bilamana melibat hal-hal cinta kononnya 'Cinta Facebook'.Hari ini bila buka akhbar berbaca satu satu "Suriku lari".Bila baca rupa-rupa kegagalan cinta facebook.Lelaki ini ditipu oleh cinta hati mayanya.Kononnya nak berkahwin dan hidup bahagia tetapi sebaliknya yang berlaku.Durjanakah facebook itu ataupun manusia yang durjana?Facebook menjadi medium jenayah apabila manusia yang durjana menjadikannya medium untuk menyenangkan kerja jenayah mereka.Sebenarnya banyak jenayah yang boleh berlaku daripada facebook.Antaranya dengan facebook satu rompakkan berjaya dijalankan.Macam mana?Bila si pemilik akaun berkongsi kononnya nak menceritakan keseronokkan mereka bercuti satu keluarga di 'wall facebook'.Namun bila balik daripada bercuti tengok satu rumah kena pecah.

Satu lagi jenayah menyebarkan fitnah.Bila ada satu berita di facebook cepat-cepat nak share.Kononnya satu peringatan.Tapi hakikatnya mungkin dengan klik perkataan share itu kita telah menempah satu saham dosa.Cerita entah dari mana asal usulnya sesuka hati menyebarkannya.Bukankah boleh menjadi fitnah apabila cerita itu tak betul?Tuntasnya,cubalah berfikir kehadapan.Berfikiran lebih matang membayangkan apa yang akan terjadi bila kita lakukan semua ini.Berfikiran lebih kompleks.InshaaAllah segalanya bakal dapat diatasi dengan pertolongan Allah.

Apr 15, 2014

Assalamualaikum w.b.t

kahwin muda

Alhamdulillah.Bersyukur dengan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita semua.Kahwin muda?Apa yang korang dapat katakan?Sebenarnya,tercetus idea nak bincang tajuk ini bilamana aku baru sahaja selesai menghabiskan satu tajuk "Islamic Social values and Ethics".Bercakap pasal kahwin muda ianya bagaikan menjadi satu trend untuk remaja sekarang.Ya mungkin ini merupakan salah satu langkah terbaik bagi mengelak diri terjerumus dalam lembah kemungkaran.Tapi hakikatnya,sebuah perkahwinan itu bukan hanya sah menjadi pasangan suami isteri tapi merangkumi semua aspek dalam kehidupan.Saat inilah akan munculnya warna dalam kehidupan seseorang.Aku bukanlah nak cakap pasal keburukkan ataupun kebaikkannya.Mungkin hanya sekadar perkongsian umum.

Bila masuk alam perkahwinan banyak perkara yang perlu difikiran terutama bagi mereka yang merancang untuk kahwin sebelum sempat menamatkan pembelajaran.Daripada sudut nafkah zahir mahupun batin.Berbicara mengenai nafkah perkara utama yang perlu kita fikiran mampukah kita memberi nafkah zahir untuk isteri walaupun sedikit?Dengan pelbagai lagi kemudahan lain.Sewa rumah,yuran pengajian dan sebagainya.Sebab isteri merupakan tanggungjawab suami.Nafkah terus tetap diberi walaupun sedikit.Hatta walaupun isteri memiliki jumlah gaji yang tinggi suami tetap wajib memberi nafkah zahir.Bila hati mengatakan mampu teruskan niat suci itu.InshaaAllah dipermudahkan.

Apa yang penting gunakan akal fikiran untuk memikirkan soal masa hadapan bukan sekadar dalam masa yang singkat fikirkan untuk jangka masa yang panjang.Bila dah kawin ingat tanggungjawab yang dipikul atas bahu sendiri.Berusaha menjadi yang terbaik kepada pasangan masing-masing.Jaga pergaulan dengan orang sekeliling kerana takut mengguris perasaan pasangan anda.InshaaAllah jika niat itu betul segalanya bakal dipermudahkan.