Showing posts with label Blog area. Show all posts
Showing posts with label Blog area. Show all posts

Oct 31, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Peluang Jana Pendapatan Blog Dengan shorte.st


Peluang Jana Pendapatan Blog Dengan shorte.st | Pernah dengar mengenai shorte.st? Ianya merupakan satu laman yang memboleh korang semua untuk memendekan url dalam masa yang sama memberi bayaran kepada korang semua. Konsepnya mudah, korang jadi publisher dan 'menyebarkan' iklan mereka melalui cara memendekkan url. Mungkin sebelum ini kita terbiasa dengan lynk.my, adfly dimana konsepnya sama. 

Sebelum ini aku juga 'aktif' menjadi ahli lynk.my. Namun selepas mereka melancarkan lynk version 4 dengan syarat-syarat yang sedikit membebankan aku beralih kepada shorte.st. Walaupun rate bayaran yang lebih rendah nak dibandingkan dengan lynk.my namun hanya dengan mendaftar korang sah menjadi ahli aktif (publisher) dan boleh menerima bayaran daripada pihak shorte.st

Jadi macam mana nak daftar jadi pulisher shorte.st ni? Cukup mudah. Korang boleh follow step di bawah.😍😍😍


  1. Klik pada link dafar [Daftar di sini]
  2. Klik pada button 'join' 
  3. Isi segala maklumat yang dikehendaki. Jangan risau tiada sebarang penipuan.
  4. Activate account anda melalui pengesah melalui email
*Sebelum daftar pastikan anda semua ada account paypal. Kerana bayaran akan dibuat menerusi paypal. Nak daftar paypal cukup mudah. [Daftar Paypal]. Ikut sahaja step yang dikehendaki. 

Jadi sekarang sah jadi publisher shorte.st. Bersedia untuk menjana pendapatan dengan shorte.st sememangnya sangat mudah. Apa yang penting rajin dan usaha lebih. InshaaAllah berjaya. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen korang. 



Apr 18, 2016


Assalamualaikum w.b.t



Sebagai blogger aspek pemilihan template memang penting bagi aku. Template itu sendiri memberi gambaran kematangan kita berblog dan mungkin menjadi salah satu aspek yang mempengaruhi penulisan kita. Pertama kali aku kenal dunia blog, aku lebih suka sebuah blog yang colourful. Tulisan warna-warni sana sini. Mungkin kalau yang dah kenal blog ni ketika aku masih noob dalam dunia blog dapat tengok sendiri perubahan blog "Ikhwan Yusuff" ni. 

Template juga menjadi character untuk sesebuah blog. Ramai yang cuba untuk hasilkan template yang berlain untuk memastikan blog diorang lain daripada yang lain. Jadi satu bonus buat mereka yang arif berkaitan coding blog dan boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. 

Jadi, buat blogger yang noob dalam coding blog (macam aku). Sekarang tak susah. Korang pergi je search "template for blog" kat google, bersepah website-website yang boleh berikan template secara free. Apa yang penting kemas dan simple. Template aku ni juga diambil daripada website yang tawarkan template secara percuma.


Apr 4, 2016


Assalamualaikum w.b.t




"eh.. nak tukar domain blogspot ke domain sendiri. Nampaklah arah sikit nak berblog..."

Suatu yang pernah. Korang pernah merancang nak ada domain sendiri? Dulu aku pernah 'pasang impian' nak berdomainkan blog ni dengan domain aku sendiri. Rasanya takdelah terbeban sangat sebabnya boleh je cari domain yan murah. Tambah pulak, bila aku baca banyak kelebihan bila kita ada domain sendiri. Baca daripada penulisan blogger lain, bila tukar domain senang je cik nuffnang nak bagi CPUV. Antara sebab mengapa aku nak tukar domain satu ketika DULU. SEKARANG dah kurang dan makin hilang "impian" nak berdomainkan dengan domain sendiri.

Ada beberapa faktor yang buat aku fikir balik dan buat keputusan nak guna domain free blogspot je. Berblog ini satu hobi, kekadang hobi korang boleh berubah. Manalah tahu untuk kehadapan tersangatlah sibuk hingga takde masa nak up apa-apa entri + memang tak layan terus nak renew domain ni. Jadi berenanglah blog aku ni macam sampah berenang-renang dalam sungai gombak. kalau yang berenang ni oklah lagi kalau dah sampai tahap domain untuk dilelong?? Habis semua 'perkara-perkara' baik yang aku share.

At least, adalah juga saham yang masuk bila kita share benda yang baik untuk kesedaran orang lain. Betul, ianya nampak simple tapi manalah tahu dengan cerita yang korang share ni menjadi sebab korang bahagia di sana kelak. Kedua, bagi aku bila seseorang tu dah decide nak gunakan domain sendiri diorang memang bersedia untuk terus menulis dan menulis. Ini apa yang keluar dari benak fikiran aku. Dan aku masih belum pastikan adakah aku akan terus menulis. Mungkin lagi 3 tahun dan aku rasa ianya perlu, aku akan ada domain sendiri. 








Aug 27, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Blog bakal sepi Selepas ini
Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah, Allah Maha besar.Salam ceria buat semua.Blog bakal sepi selepas ini?Mungkin akan jadi, mungkin juga tak akan terjadi.Aku sendiri pon tak tahu nak kata kata putus.Setelah berbulan-bulan tangan asyik menekan keyboard mungkin selepas ini aktiviti tekan-menekan ini bakal berhenti untuk seketika dan pastinya akan berkurangan.Selepas ini komitmen akan ditumpukan untuk sesuatu yang lebih penting.

Sebenarnya,ada niat di hati untuk mencari admin-admin baru agar blog ini tidak lekang daripada post-post untuk di publish. Mungkin ini cara yang terbaik.Apa pendapat korang? Ada sesiapa berminat nak jadi admin? Dan syaratnya perkongsian terarah kepada post-post berkaitan agama, cerita-cerita teladan dan sesuatu yang bermanfaat untuk dibaca. 

Jul 30, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Template baru blog-Lebih mesra SEO


Salam Syawal buat semua pengujung saat dan tika ini.Mungkin korang semua masih lagi dalam mood aidilfitri.Jadi selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk semua.Macam mana raya?Meriah?Alhamdulillah.Sempena ketibaan syawal ini,blog ini juga kelihatan berbeza daripada 'penampilan' sebelumya.Aku telah berusaha mencari template-template yang lebih mesra SEO.Maklumlah,kebanyakan blogger sekarang mementingkan SEO.Jadi aku juga tertarik dengan template SEO ini.Dah banyak try template-template yang ada.Alhamdulillah,akhirnya bertemu dengan template yang berkenan di hati.Sememangnya aku begitu tertarik dengan template ini.Ringkas dan kemas.Dan apa yang penting,proses nak loading pon laju.

Widget related post antara teknik SEO untuk blog

Jadi sempena penggunaan template baru ini,aku juga telah menyediakan satu ruang khas yang menempatkan semua bloglist-blolist para blogger.Satu laman yang sememangnya di khaskan untuk letakkan blog korang semua bagi memudahkan proses blogwalking.Kat atas header blog ni korang boleh lihat bulatan merah yang pertama.Tekan dan kat situ aku telah tambahkan satu option 'bloglist istimewa'.Semua bloglist aku dah listkan kat situ.

Option 'bloglist istimewa'


Antara blog-blog menjadi pilihan


InshaaAllah masih dalam proses untuk menambahkan sebanyak mana blog rakan-rakan yang ada.Jadi siapa yang berminat nak exchange link bolehlah maklumkan.Dan tinggalkan link blog korang semua.Masih lagi dalam peringkat awal.InshaaAllah nak cari semua blogger yang masih aktif.Sebab kebanyakkan blog yang ada dalam bloglist dah tak aktif.