Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Jul 20, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Sepotong Ayat : Surah Ar-Ra'd [13:2]



Sepotong Ayat : Surah Ar-R'ad (13:2)

A002


Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

Jun 15, 2016


Assalamualaikum w.b.t

Sepotong Ayat : Surah al-Baqarah (2:29)



A029

"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"



Aug 1, 2015

Assalamualaikum w.b.t



Al-Quran mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w yang masih kekal hingga ke hari ini. Tanpa dicemari dengan tokok tambah dan kandungan kekal dilindungi oleh Allah s.w.t daripada sebarang bentuk penyelewengan. Betapa beruntungnya kita. Segala permasalahan, kekusutan semua telah dijawab oleh al-quran. Jadi bacalah dan faham maknanya. Berikut beberapa persoalan yang sering kita tanya dan segalanya telah dijawab di dalam al-quran.

KITA BERTANYA, AL-QURAN MENJAWAB


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Jul 23, 2015

Assalamualaikum w.b.t


InshaaAllah hari ini sedikit perkongsian dengan kalian semua berkaitan 4 tanda pelik dalam Al-Quran. Mungkin ada antara kita sudah tahu dan ini hanyalah sekadar perkongsian dengan kalian semua. Dan penulisan ini sangatlah terhad, jadi untuk mendapat penjelasan yang lebih baik boleh dirujuk dengan mana-mana ustaz yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Al-Quran. 

ayat-pelik

1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link: surah hud(minit ke 0:40)

2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah ‘Laa tak-ma-nu-na’, yang bermaksud, “Tidak percayakan kami.”
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut ‘tak-ma-nu-na’ tetapi ‘nu’ itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام
3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a’-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud ‘adakah’.
Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A’jamiy – yang bermaksud ‘orang bukan Arab’.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a’jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa’jamiyyuw wa ‘arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan ‘ain.
Rujuk link:surah Fussilat(minit ke 4:40)

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.
Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca:
ii-tuu-nii
Bukannya
Uk-tuu-nii
Rujukan link: Surah al-Ahqaaf (minit ke 0:53)

Sumber: http://amekaw.com/2014/07/4-tempat-pelik-dalam-al-quran/

Mar 2, 2015

Assalamualaikum w.b.t




Mungkin ada yang menganggap berjaya itu umpama satu permainan dalam hidup. Ada orang yang malas belajar berjaya menjadi jutawan tapi sebaliknya berlaku kepada orang yang berpelajaran. Teringat aku akan satu pesanan seorang insan kepada diri ini. Belajar itu perlukan permulaan yang baik. Permulaan itu adalah niat iaitu menuntut ilmu hanya kerana Allah semata-mata tanpa mempunyai sebarang niat yang menentang arus yang betul. Jadi hari ini ingin aku kongsi beberapa pesanan Luqman al-hakim untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Moga membawa manfaat dan dikongsikan bersama kita semua.InshaaAllah.

1] Menyentuh soal akidah kita semua. Tidak terlibat dalam mana-mana perbuatan yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Orang yang menyekutukan Allah ini merupakan mereka yang hilang kebergantungan kepada Allah. Tidak memohon sesuatu daripada Allah tetapi mempercayai perkara yang bertanangan dengan akidah yang diajar orang Rasulullah saw. Dan ingatlah perbuatan ini merupakan dosa besar dan tidak diampunkan oleh Allah swt.

"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya:"Wahai anakku kesayanganku, Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Luqman :31) 

2] Dalam surah luqman menyentuh juga perihal solat. Untuk menjadi seorang yang berjaya solat mestilah dilaksanakan 5 kali dalam sehari. Solat merupakan medium untuk kita berhubung dengan Allah swt. Mengakui diri ini adalah hamba kepada Yang Maha Berkuasa. InshaaAllah Allah menolong insan-insan yang menjaga solatnya.

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya , ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, kepadaKu jua tempatmu kembali." (Luqman:41)

3]Dalam surah luqman juga ada memperkatakan perihal berbuat baik kepada ibu dan bapa. Untuk mendapat keberkatan hidup restu daripada mereka perlu dipinta. Mengikut segala suruh mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah. 

RELEKSI DIRI KITA SEMUA

Jadi berjaya bukanlah hanya diukur dari luar sahaja. Aspek dalaman rohaniah perlulah selari dengan luaran. Menjaga hubungan dengan dengan Allah sebagai pencipta dan Tuhan yang mentadbir sekalian alam. InshaaAllah bersama-sama kita memperbaiki kekurangan yang ada kerana diri kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. InshaaAllah. 

Dec 12, 2014

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Setiap apa yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Menjadi garis panduan kepada setiap manusia dan memberi pengarah kepada sesiapa yang membacanya. Antaranya termasuklah Surah al-mulk. Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat yang diperoleh bagi sesiapa yang mengamalkan bacaan surah al-mulk ini. Surah al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. Surah al-Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama' berkata:

"Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk."

Jadi marilah menjadi antara orang-orang beruntung itu. Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik. Antara kelebihan membaca surah al-mulk yang diperoleh bagi sesiapa yang istiqamah mengamalkan surah ini ialah.


  • Surah ini akan menjadi penyelamat
  • Penegah pembacanya dari seksa kubur
  • Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah SWT)
  • Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf AS (cantik)
  • Dinamakan surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik
Dalam beberapa hadith juga ada menyentuh perihal fadhilat surah al-mulk. Secara umumnya surah ini mengandungi 30 ayat dan berada pada surah ke-67 dalam al-quran. Jadi rasanya tidak melebihi 5 minit untuk membaca surah yang penuh dengan kelebihan ini.Antara kelebihan yang terkandung dalam hadis Rasulullah s.a.w mengenai surah ini ialah.

1] MENDAPAT SYAFAAT DARIPADA SURAH INI
Daripada Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk."

Abu Hurairah RA meriwayatkan hadith, katanya:- 

"Sesungguhnya di dalam al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah al-Mulk."

Rasulullah SAW bersabda:-

"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga." 

2]MENYELAMAT DARI SEKSA KUBUR

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman. Kakinya berkata:-

"Kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca surah al-Mulk." 

Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendek kata, setiap sendi berkata:-

"Kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca surah al-Mulk." 

Maka, surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah SAW bersabda:- 

"Surah al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

Nabi Muhammad SAW  bersabda:- 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir."

Rasulullah SAW bersabda:- 

"Sesungguhnya di dalam al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah al-Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam syurga."

Saidina Abdullah bin Abbas RA berkata:- 

"Sesiapa membaca surah al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari AllahSWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan:-

"Tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah al-Mulk."

Daripada Ibnu Abbas RA berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui Baginda SAW dan berkata:- 

"Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam."

Nabi SAW bersabda:-

"Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur."  (HR at-Tirmizi) 


3] MENJADI HATI BERIMAN

Rasulullah SAW bersabda:-

"Hatiku ingin supaya surah al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah)."

Rasulullah SAW bersabda:- 

"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4] MENDAPAT KEISTIMEWAAN PADA HARI KIAMAT
Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata-

"Sesiapa mengamalkan surah al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf AS."

Ulama berkata:- 

"Sesungguhnya surah Yasin dan surah al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk." 






Aug 11, 2014

Assalamualaikum w.b.t



"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"[Surah Ar-Rahman]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan nikmat yang dikurniakan masih dapat bernafas untuk saat dan tika ini.Alhamdulillah.Kejamnya Manusia sehingga sanggup menodai diri sendiri.Dengan pelbagai nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita semua tetapi masih lagi segelintir manusia berusaha mengubah nikmat itu.Nikmat hadir dalam pelbagai cara.Nikmat keamanan,Nikmat masa lapang,Nikmat kesihatan dan 2 nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam dan Iman.Alhamdulillah.

Rupa bentuk wajah yang sempurna juga merupaka salah satu nikmat yang telah Allah swt kurnia kepada manusia.Samaada orang itu Islam mahupun sebaliknya.Itulah tandanya Allah itu Maha Adil terhadap makhluk-Nya.Tapi masih lagi ada yang tidak bersyukur dengan nikmat paras rupa yang Allah berikan.Cukup sempurna sifat-sifat yang diberikan dengan 2 pasang mata,2 pasang telinga dan pelbagai lagi.Namun ada yang telah mengubah ciptaan Allah ini.Mengubah rupa asal,yang lelaki mahu jadi perempuan dan sebaliknya.Tidak cukup dengan itu,ada yang mengubah diri menjadi Anjing.Menambah tanduk-tanduk di muka.Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian yang telah Allah kurniakan?Dangkalnya pemikiran golongan ini.Allah berfirman:


"Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"[surah At-Tin 95:04]


Lihat sahaja bagaimana rakusnya manusia mengubah bentuk sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan.Malah mereka merasa bangga dengan bentuk yang telah mereka ciptakan itu.Nauzubillah.Persoalannya mengapa terjadi perkara sebegini?Sebab tiadanya iman dalam diri.Agama mereka sendiri tidak mampu menjaga mereka.Maka sebab itu Islam itu indah.Merangkumi segala-gala aspek dalam kehidupan.Mungkin apa yang melontarkan persoalan:"Ada juga orang Islam yang bertindak diluar batasan mereka"

Jawapannya mudah.Bilamana Islam itu hanyalah pada nama sahaja.Kehidupan seharian langsung tidak menggambarkan keislaman mereka.Dari segi pergaulan dan aktiviti seharian.Solat wajib lima waktu,adakah mereka jalankan.InshaaAllah bila kesemuanya dikerja mengikut garis panduan yang Allah dan ajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad saw, inshaaAllah hidup pasti dipenuhi dengan keberkatan.Ingat akan sabda Nabi Muhammad saw:

Dari Abu Hurairah r.a,Nabi saw bersabda yang bermaksud:

"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dengan dua perkara yang kamu sekali-kali tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya;iaitu kitab Allah(Al-Quran) dan As-sunnah"

Feb 16, 2014

Assalamualaikum w.b.t


SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR..


TERJEMAHAN:

Maha benar Allah yang Maha Agung, dan RosulNya Nabi yang mulia dan kami bersaksi atas kebenaran hal tersebut. Ya Rabb kami, terimalah amalan kami, karena sesunggguhnya Engkau maha mendengar dan maha mengetahui.
Ya Allah anugerahkanlah kpd kami kenikmatan/kemanisan bagi tiap2 hurup dari Al Qur’an, dan balasan bagi tiap2 juz dari Al Qur’an. Ya Allah jadikanlah hurup alif sebagai kelembutan, hurup ba barokah, ta taubah, tsa pahala, jim kecantikan, ha hikmah, kha kebaikan, dal dalil/petunjuk, dza kecerdasan, ra rahmah, za kesucian, sin kebahagiaan, syin syifaa/obat, shad kebenaran, dho cahaya, tho ketenangan (?), dzo keluasan, `ain ilmu, gho kekayaan, fa kemenangan, qo kedekatan, qaf kemuliaan, lam kelembutan, mim nasehat, nun cahaya, wa wushlah/sarana (?), ha petunjuk, ya keyakinan.
Yaa Allah berikanlah kami manfaat dengan Al Qur’an yang agung dan tinggikanlah derajat kami dengan ayat2nya dan terimalah bacaan kami dan maafkanlah segala kesalahan, kelupaan, perubahan kalimat dari tempatnya, mengawalkan atau mengkahirkan, penambahan atau pengurangan, penafsiran yang tidak sesuai denga apa yang Engkau turunkan, keraguan atau sahwun (?), sui ilhanin(?), dan terburu2 ketika tilawah, kemalasan atau kesesatan lidah, waqof (berhenti) bukan pada tempatnya, mengidghomkan (mendengungkan bacaan) yang bukan idghom, mengidzharkan (bacaan tanpa dengung) yang bukan idzhar, madd (memanjangkan bacaan), mentasydid, hamzah, atau sukun, i’rab yang bukan pada tempatnya, atau kurangnya rasa cinta dan senang terhadap ayat2 yang memeberii berita gembira, dan kurangnya rasa takut ketika membaca ayat2 ancaman, maka ampunilah kami ya Allah, dan jadikanlah kami sebagai oarang yang syahid.
Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugrahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan sholawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlaq dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.
Amien yaa Rabbal ‘Alamien.
CC:HERE and HERE