Header Ads

ad

PERSEDIAAN UNTUK KE PUSAT ASASI?


Assalamualaikum w.b.t

PERSEDIAAN UNTUK KE PUSAT ASASI


Entri kali ini khas untuk adik-adik yang bercadang ataupun telah mendapat tawaran ke pusat asasi di mana-mana pusat asasi pengajian tinggi Malaysia. Mesti korang kusut, serabut, cuak,etc berkaitan persediaan apa yang patut dibuat sebelum selamat menjalani kehidupan di tempat yang baru. Jadi meh sini 'abang' nak bagi sikit perkongsian dengan korang semua. Sebelum nak ingatkan korang mungkin entri ni bias untuk bakal-bakal student asasi UIAM (CFSIIUM). Apa yang perlu dibuat sebelum ke pusat asasi?

1. Pastikan korang lengkapkan semua borang-borang yang berkaitan dan lisatkan semua dokumen yang dikehendaki. Part ni korang perlu alert untuk memastikan takde sebarang masalah semasa proses pendaftaran. Biasalah masa nak daftar tu confirm ramai orang. Jadi untuk mengelak daripada sebarang perkara yang menyusahkan korang siapkan semuanya dirumah anda. Untuk menjadikan ianya lebih sistematik sediakan satu fail untuk letak segala borang dan dokumen yang dikehendaki semasa pendaftaran. 

2. Sediakan gambar berukuran passport yang cukup. Kalau boleh sediakan banyak sikit. Sebabnya untuk memudahkan korang. Manalah tahu time daftar tu tetiba ada borang tambahan yang memerlukan korang untuk lampirkan sekali dengan gambar.

3. Perkakasan: Baju, seluar, baldi, iron, dan seangkatan dengannya. First baju dan seluar, korang agaklah banyak mana baju yang korang perlu bawa. Rasanya cukup untuk pakai seminggu. Lepas tu basuhlah untuk dipakai minggu-minggu seterusnya. Baldi, kalau korang taknak bawa dari rumah pon takpe, sebab biasanya korang boleh dapatkan baldi di kiosk-kiosk yang terdekat. Iron? Rasanya lelaki jarang sangat nak gosok baju. Kalau pempuan mungkin digalakkan untuk bawa iron. Tapi biasanya tentu salah sorang roommate korang dah bawa. Jadi pandai-pandailah share dengan diorang. Satu lagi bantal. Jangan lupa untuk bawa bantal dan cadar. Memang benda ni tak disediakan untuk korang. Hanya katil dan tilam sahaja yang ada. :)

4. Yang ni khas untuk student asasi UIAM. Biasanya korang akan ada 3 exam time minggu sua kenal (ta'aruf week). Yang pertama English Placement Test(EPT), Arabic Placement Test(APT) dan tilawah test. Untuk yang EPT korang bolehlah ushar soalan muet. Biasanya ada 2 bahagian; yang pertama karangan mengenai graf. Korang kena describe graf tu menaik, menurun, mendatar. Bahagian kedua karangan mengenai opinion. Untuk APT, rasanya bagi student yang ada background arabic tak susah. Untuk korang yang langsung tak pernah belajar arab satu je yang boleh buat iaitu redho. Hihihi (Aku dulu tinggal kosong macam tu je). Tilawah test korang kena baca al-Quran. Biasanya Ustaz akan ambil mana-mana ayat dari quran. Korang biasanya akan baca 2-3 ayat je. :D

5. Laptop. Jika tanya pendapat aku ianya satu pilihan. Nak bawa pun okay takde pon okay. Sebabnya, untuk peringkat asasi assignment takdelah banyak yang memerlukan korang untuk guna laptop. Kalau ada pon korang boleh je pergi guna komputer yang disediakan di lab-lab komputer. Tapi kalau ada ianya satu bonus untuk korang.

Duit/perbelanjaan Harian??

6. Duit/perbelanjaan?? Mungkin korang perlukan sedikit pencerahan. Setiap pelajar samaada di matrikulasi ataupun asasi korang akan diberikan elaun oleh KPTM yang berupa wang poket. Biasanya RM250 sebulan dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank korang untuk cukup satu sem dalam RM1100++. Jadi pandai-pandailah berjimat-cermat. 


4 comments:

  1. tips yang sangat bagus IY, buat adik2 yang bakal melanjutkan pelajaran kelak.

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. semoga bermanfaat untuk adik2 yang nak melangkah masuk Universiti

    ReplyDelete
  3. Panduan buat mereka yg memerlukan... semoga semua menjadi insan yg sukses!!!

    ReplyDelete
  4. Bagus entri ni utk bagi panduan kat adik2 di luar sana :)

    ReplyDelete