SYARAT KELAYAKAN KE PUSAT ASASI UIAM







Assalamualaikum w.b.t




Perhatian : Sebarang pertanyaan boleh ke entry : Q&A Pusat Asasi UIAM 2017 disebabkan entri ini terdapat banyak komen dan terpaksa menunggu loading yang sangat lama. Jadi saya susah nak reply komen korang. Jadi untuk memudahkan sila ke halaman yang dinyatakan di atas. Terima Kasih. 



Entry kali ini khas buat adik-adik lepasan SPM yang merancang untuk menlanjutkan pelajaran korang semua ke mana-mana pusat asasi. Entry ini bias sedikit untuk Pusat Asasi UIAM. Pertamanya tahniah buat korang semua dengan kejayaan yang digapai untuk result SPM. Sebelum tu tengok sikit kurikulum di UIAM.

Kurikulum Program Asasi UIAM adalah terdiri daripada :
(i) Kursus Wajib Universiti yang mengandungi kursus-kursus dalam bidang :
(a) Bahasa Inggeris
(b) Bahasa Arab
(c) Pengajian Islam
(ii) Kursus Wajib Kulliyyah (Fakulti)
Kursus ini ditawarkan oleh kulliyyah tertentu dan ianya dirancang untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang penting bagi tujuan kemasukan ke kulliyyah tersebut di peringkat Ijazah.
(iii) Kursus Umum - Komputer
Kursus ini diwajibkan kepada semua pelajar. Tujuannya adalah untuk memberikan pendedahan dalam pengendalian dan penggunaan komputer.

NOTIS: SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT UPDATE TERKINI (TAHUN 2016)


Senarai Asasi Di UIAM :



  1. Asasi Sains Kemanusiaan (Y0140)
  2. Asasi Bahasa Inggeris (Y0150)
  3. Asasi Bahasa Arab (Y0151)
  4. Asasi Ekonomi dan Sains Pegurusan (Y0200)
  5. Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (Y0300)
  6. Asasi Undang-undang (Y01600)
  7. Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam (Y0707)
  8. Asasi Sains Hayat (Y0010)
  9. Asasi Sains Fizikal (Y0020)
  10. Asasi Sains Kesihatan Bersekutu (Y0030)
  11. Asasi Kejururawatan (Y0031)
  12. Asasi Farmasi (Y0060)
  13. Asasi Pergigian (Y0070)
  14. Asasi Perubatan (Y0080)
  15. Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer (Y0400)


Untuk Mengelak daripada masalah loading pada page ini, Korang perlu download syarat kelayakan ke asasi UIAM pada pautan di atas. Sebarang pertanyaan yang relevan boleh dibuat. Terima kasih.







SYARAT KELAYAKAN KE PUSAT ASASI UIAM SYARAT KELAYAKAN KE PUSAT ASASI UIAM Reviewed by ikhwan yusuff on 16:20:00 Rating: 5

293 comments:

  1. macam dah terlambat sangat nak apply. sbab dah nak grad. hehe

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya kpd semua yg berkenaan... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Ini memang syarat kelayakan terbaru bagi sesi 2015 ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarat Kelayakkan ini biasanya sama je tiap tahun jrang sangat berubah...

      Delete
    2. Ni syarat kelayakan minimum ke. Ada satu blog saya baca kalo nk apply pharmacy or medic uia result mesti A+ utk kbykan subjek escpecially subject science. Pamplet uia yg saya dpt pon state that yg nk ambik asasi especially aliran science msti minimun A- utk bio fiz chem math and addmath. Confuse saye hehe

      Delete
    3. yup.. ini adalah syarat minimum.. sebab tu bila amati ayat saya kat syarat2 kat atas:

      "boleh dikatakan budak-budak straight A's je yang dapat"

      Delete
    4. yup.. ini adalah syarat minimum.. sebab tu bila amati ayat saya kat syarat2 kat atas:

      "boleh dikatakan budak-budak straight A's je yang dapat"

      Delete
  4. memang kena ada bahasa arab in spm ke untuk apply ke uiam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak apply kos berkaitan B.arab seperti ilmu berteras wahyu mmg kena adalah b.arab masa SPM.. Untuk kos2 seperti Engineering, medic, senibina, etc xperlu Bahasa arab pada peringkat SPM.. Tapi belajar Arab wajib di uia maksudnya kita yg xde basic akan belajar basic b.Arab sebagai subjek tambahan..

      Delete
  5. Assalamualaikum,klau course ekonomi bi x memenuhi syarat yg uia nak mcm mne eh? tp akaun dan ekonomi asas sy utk spm A..agk2 boleh ke apply uia ni yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslam... mcm ssh cikit.. Sister Bi dpt grade apa?? Kalau nak snng mungkin blh try apply kos yg memenuhi syarat then masuk asasi blh cuba tukar course..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah... kebiasaannya kelayakkan ni masih kekal tpi yg berubah mungkin kampus je... :D

      Delete
  7. assalam, saudara.. sy nak amik kos asasi sains kemanusiaan.. tapi B. Inggeris sy dpt gred C pula.. subject lain dah memenuhi syarat da.. cuma bi jee.. adakah sy layak amik kos nie..? mohon penjelasan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... klau nak diikutkan syarat kelayakkan tu mmg kena ikut.. kalau awak apply kena bersaing dengan pelajar yang lain. Dan kalau pelajar tu memenuhi syarat minimum mungkin dia yang terpilih.. Kalau saudari betol2 berminat nak msk uia blh try apply kos yang layak dan klau niat nak ambik human science tu masih ad nanti cuba tukar course saudari..keburukkannya mungkin ambik masa yang lebih panjang untuk tamatkan peringkat asasi...

      kawan saya ada dari physical science tukar ke human science.. Alhamdulillah boleh.. :D

      Delete
  8. Oo..ok ok..klau dpt course lain..then time dh msuk asasi uia bleh tukar course yg kte nk yea?klau nk tukar course nt dia tgok pointer ke atau cm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Tpi kalau nak tuka kena tunggu satu sem dulu.. Pastu skor elok2 dpt result gempak inshaaAllah boleh...

      Delete
  9. plajar aliran sains mmg x bolah minta sains kmanusiaan ke? syartnya ada jga sebut psal bio,kimia,fizik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je selagi memenuhi syarat wajib dan syarat tambahan kuliyyah.. :D

      Delete
  10. Hai.as salam. Asasi uiam ni ada sediakan biasiswa tak.saje tanya.hehe.thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... kptm yg bg elauan rm1000++ setiap 1sem... :)

      Delete
  11. Ada biasiswa ke tak ehh asasi nii? Ke kita yg kena mohon atau mmg disediakan biasiswa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg KEMENTERIAN PELAJARAN TINGGI MALAYSIA (KPTM) akan sediakan elaun (mcm biasiswa laa) untuk pelajar setiap sem.. Kalau di asasi uia most pelajar akan stay kat situ 2 tahun..jadi sepanjang 2 tahun tu KPTM akan support duit poket pelajar...

      Delete
  12. Assalamualaikum. Saya nk ambik asasi sains fizikal di UIA. Keputusan SPM saya 9A. Saya nk tanya layak ka saya ambil sains fizikal? Asasi sains fizikal wajib ambik bahasa arab sebagai subjek yg dikira dlm cgpa? Kalau saya yg bukan drpd sekolah agama dan tidak tahu langsung bahasa arab boleh masuk UIA ka? Apakah bidang pekerjaan yang ditawarkan sekiranya saya sambung asasi sains fizikal ke degree? Boleh ka saya jadi pensyarah dalam bidang matematik? Harap seseorang dapat bantu saya dengan izin Allah. Saya perlukan jawapan secepat mungkin. Terima kasih^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam...
      1] Sangat layak nak ambik fizikal science...
      2]Bahasa arab hanya sekadar subjek tambahan dan x dikira dalam CGPA...*jgn risau biasanya bdk2 science ni sampai level 2 je blaja arab..tu pon blaja benda yg basic shaja..
      3]Boleh masuk..xde masalah..saya pon bdk bdk skolah arab!^^
      4]Banyak jgk cabangnya ex: Major physic..major chemistry.. Major mathematics...
      5]Boleh sangat.... Salah satu cabang klau ambik fizikal science jadi lecturer/cg...

      Delete
  13. Saya tengok keputusan spm saya dengan syarat untuk program asasi senibina yg saudara kongsikan ni , saya layak. Tapi kenapa bila Saya check dkt semaksyarat.info tak layak. Sekurang-kurangnya matepelajaran physic/Kim/sc B.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kelayakkan telah diperbaharui oleh kuliyyah senibina.. Sbb kelayakkan adakalanya berubah bila satu department ubah syarat kelayakkan tersebut.. Mungkin awak blh contact sendiri department ini untuk maklumat lebih lanjut.. ataupun pergi ke laman utama website iium.edu.my..^^

      Delete
  14. ada interview tak untuk asasi bi di uia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya xpasti... Biasanya asasi ni dipohon melalui UPU...

      Delete
  15. Assalamualaikum,,saya mohon untuk asasi farmasi di UIAM ,keputusan spm saya 9A ,,jadi,saya ni tak ada basic langsung bahasa arab,,dekat UIAM wajib ke kena ambil bahasa arab?? bahasa arab di kira sekali tak dalam pointer nanti?? and boleh tak saudara senaraikan subjek2 yang perlu diambil untuk program asasi di UIAM ni,,dan bagi tahu subjek2 mana yang di kira dalam pointer dan yang mana tidak ?? Mohon bantuan ..please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam...
      1] belajar B.Arab wajib.. jadi nak tak nak mmg kena belajar...Tapi jangan risau walaupon xde basic arab saudara akan belajar dari bawah... Untuk pelajar yg ambik subject science(farmasi,medic etc) biasanya sampai level dua sahaja... Dan bahasa arab xakan dikira dalam cgpa..

      2]Nak cerita pasal subject panjang sangat jadi saya ringkaskan.. Biasanya kalau farmasi:

      1-Mathematics 1 n math 2
      2-chemistry 1 dan chemistry 2
      3-biology 1 dan biology 2
      4-physic 1 dan physic 2
      5- 2 subjek berkaitan agama(mcm pendidikan islam)

      *Yang ni je yang dpt saya listkan.. mungkin ada lagi tambahan1 ataupun 2 subjek

      semua subjek ni akan dikira dalam pointer... selebih TIDAK...

      Faham???

      Delete
  16. alhamdulilah,sgt membantu..thanks brother ikhwan yusuff..

    ReplyDelete
  17. bile agk2nye result upu kluar ye..

    ReplyDelete
  18. salam. nak tnye. subjek utk asasi ni same je kan mcm subjek spm (utk subjek fiz, bio, kim) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam.. seakan sama tapi boleh dikatakan spm tu basic yang penting untuk semua subjek ni... :D

      Delete
    2. kalau sy nk study subjek spm, ape saranan abg? cth bljar in english ke, blajar smua capter ke

      Delete
    3. xperlu kot nak study matian2 untuk subjek SPM tu blik.. ingt apa2 yg basic je.. inshaaAllah biasanya klau ada part yg cover subjek SPM tu automatiknya akan ingat balik... Kalau English tu ok...blh try ushar2 karang opinion..pling snng cuba refer paper muet... soalan seakan2 mcm tu.. :D

      Delete
    4. selain drpd ulangkaji paper muet, abg rase sy patut buat ape mase skrg sbg prsiapan nk ke u nnti? cuba abg cdangkan. mgikut pglman abg

      Delete
  19. contoh : Gred C+ dalam mata pelajaran berikut :
    i. Physics
    ii. Chemistry
    iii. Mathematics
    iv. Additional Mathematics
    v. Bahasa Inggeris .
    jika pelajar dpt chemistry dan physics C tetapi add.maths A+ , adakah pelajar tersebut masih layak untuk mengambil course asasi sains fizikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak cakap dik.. :D Awak mesti compete dgn bdk2 lain especially nak masuk mana2 asasi... Saya sarankan matrik pon okay.... klau betol2 berminat nak smbung asasi fizik...

      Delete
  20. Salam. Ramai x calon lpasan spm yg memohon asasi bi uia.. Result spm sya biasa2 sja. Kurang dari 8 A. Adakah saya mungkin terpilih utk masuk asasi bi uia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai ke x tu saya xthulah... klau result BI awak ok trylah pohon dulu.. :D

      Delete
  21. assalamualaikum saya nak tnya. kalau ikut syarat kelayakan saya layak untuk asasi ekonomi. tpi masalhnya semasa permohonan upu saya letak asasi ekonomi di pilihan yg keempat. agak agak ada peluang tak nk dpt ? trima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslam.... ikut nasib sis.. klau awak dh ltk pilihan pertama u lain pelung tu masih ada tapi ikut koata pengambilan pelajar u tersebut...

      Sebab ada org ltk pilihan pertama uiam tapi ad jgk yg xdpt..

      Delete
  22. Salam.....keputusan saya 4 A sahaja dalam spm....saya memohon asasi bi atas sebab bi saya A dalam spm....ada peluang masuk asasi bi di uiam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... yg lain mcm mna?? semua B k?? InshaaAllah blh tpi kena compete jgk tu...

      Delete
  23. Bila tarikh keputusan kemasukan ke asasi uiam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya xthu... depend pd pihak atasan uiam sendiri.. biasanya bila result upu dah keluar surat tawaran kemasukkan ad ad..so kat c2 semuanya dah tulis bila akan msuk...

      #klau bro/sis tanya tarikh upu keluar sy xpasti.. :D

      Delete
  24. nk tanya..kawan saya ckp..sblum masuk uiam..ada ujian BI n b.arab..betol ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.... sebelum proses pembelajaran bermula awak akan ambik exam BI dan BA...

      Delete
  25. assalamualaikum..nk tanya..kawan saya ckp sblum masuk uiam ada ujian bi n b.arab..betul ke?

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum..sayannk tanya betul ke sblum masuk uiam..ada ujian b.arab n bi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dpt tawaran dalam minggu taaruf(orentasi) awak akan ddki ujian ni

      Delete
  27. nk tanya..kawan saya ckp..sblum masuk uiam..ada ujian BI n b.arab..betol ke?

    ReplyDelete
  28. salam. btoi ke campus sains fizikal sudah ditukar ke gambang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang masih di PJ... tpi mungkin jgk akn bertukar... boleh rujuk dalam surat ttawaran nanti.. :D

      Delete
  29. Assalamualaikum.. Apakh antara subjek2 yg perlu diambil dlm program asasi sains hayat UIAM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1-Mathematics 1 n math 2
      2-chemistry 1 dan chemistry 2
      3-biology 1 dan biology 2
      4-physic 1 dan physic 2
      5- 2 subjek berkaitan agama(mcm pendidikan islam)

      *Yang ni je yang dpt saya listkan.. mungkin ada lagi tambahan1 ataupun 2 subjek

      Delete
  30. saya dpt asasi sains hayat tp nnti ijazah sarjana biotek..
    saya nak tukar ke asasi perubatan boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tkr ke asasi perubatan tu ssh sikit... Brother blh stay and perform betol2 dpat result gempak InshaaAllah diorg akan offer bro untuk sambung dlm bidang perubatan... kawan sy ad dari asasi sians hayat dpt perubatan sbb result diorg gempak... Sebenarnya subjek peringkat asasi untuk medic dgn bio science xde beza semua sama..

      Apa yang penting score pointer tinggi2 and then dpt offer...

      Delete
  31. boleh tukar ke asasi laen tak masa oreintasi?

    ReplyDelete
  32. salam..saya dpt asasi kejururawatan tpi saya nk tukar course ekonomi so kena tggu satu sem jgk ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingt saya mmg kena tunggu satu sem.. Tpi awak blh try tnyye department nanti.. sbbnya kos nursing ke economic tu x relate.. .

      Delete
  33. Salam sy nk tnya klau sy dpt asasi sains kesihatan tp nak tukar asasi farmasi ...bole ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh.. Yang penting result awak gempak..

      Bila pointer tinggi awak blh pilih untuk apply change course or pihak uia sendiri akan offer awak! :D

      Delete
  34. salam, firstly im very grateful abt you writing blog ni. so thankyou.
    secondly, saya nak tanya. saya dah dapat offer utk masuk uia under asasi sains hayat. at first, saya ingat it can lead to degree in dentistry, but then according to PDF tahun 2012, dia kata ijazah yg offered lepas tu only in biomedic and such. meaning saya kena tukar course la kan? it also said yang asasi sains related ni semua dekat kampus pj, but ade pulak rumours yg kata tahun ni pindah gambang. saya sendiri tahu tu semua tak boleh percaya kalau tak berasas. so itu sebab saya nak minta tolong if you could share some info. your help would be very much appreciated bagi pihak saya dan kawan2 saya. thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.. most welcome... about ur questions :

      1- untuk sains hayat degree nanti mmg majoring course sngt sikit... korang xbanyak blh pilih.. and for ur infrmation uia mmg dah ttp bio science xleh apply dentistry , medic and pharmacy klau awak mmg nak stay jd bdk bio science..
      Tapi jgn risau kawan saya dari bio science dah sambung dlm bdng perubatan... dan ad sorang dpt dentistry.. Apa yg penting awak score dlm exam and then dpt result gempak pihak uia automatik akan offer awak untuk pilih kos apa yg awak nak.. klau nak lgi ok apply change kos bila ckup 1 sem and make sure ur result 'gempak'... InshaaAllah blh..

      2- Saya pon xpasti untuk pusat penempatan ni.. Mmg berita ni dah lama tersebar,...so i think better tunggu sampai surat tawaran keluar sbb semuanya dah tertulis kat c2,,

      Delete
  35. Kalau dapat 2,3 A bole ke apply asasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dpt tu ssh sikit sbb awak mmg kena compete dgn pelajar lain... klau ad rezeki dpt..

      Delete
  36. assalamualaikum, saye nak tanye, bahasa arab ni bagi yang amik sains fizikal, wajib amik ke? boleh tolak bahasa arab tak? plus kalau wajib amik mesti lulus ke bahasa arab dlam exam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.. SEMUA students uia wajib blaja bahasa arab... xblh tolak... yup arab mmg kena luls tpi jgn risau budak sains belajar arab basic je... inshaaAllah lepas.... :D

      Delete
  37. salam, kalau lepas belajar asasi sains hayat dekat uiam boleh tukar ke ipta lain tak ? and berapa tahun asasi di uiam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... nak tukar u tu ssh sikit.. xblh isi upu sbb untuk lepasan uia... sbbnya awak dah link dgn uia untuk sambung degree.. klau nak tukar pon kena direct mintak tgk u tersebut...

      berapa thun tu bergantung pada result English placement test(EPT) dan Arabic placement test(APT)..klau semua lepas 1 tahun je.. klau x 2tahun lah dn untuk pelajar yg mmg xde langsung basic arab confirm 2 tahun.. :D

      Delete
  38. assalamualaikum, saya nak tanya, saya dapat asasi sains kemanusiaan kat uia tapi kalau saya nak tukar asasi ekonomi boleh ke? boleh x tukar time orientasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam... Apa yg saya tahu cukup satu sem bru blh tukar... ap2 pon awak blh tgk time registration day... :D

      Delete
  39. assalamualaikum, permohon saya utk asasi sains kemanusiaan ditolak ssb tidak memenuhi syarat. boleh tidak masa buat rayuan nnti pilih bidang yg sebelumnya sudah dtolak? pihak uia boleh pertimbangkan? ataupun sy perlu mnukar bidang yg layak saja ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau asasi tu dah dtlok maknanya ssh xdptlah kot... Klau nak slamat try isi yg laen dulu...

      Delete
  40. Assalamualaikum, saya nak tanya ada temuduga kan sekiranya ingin menukar kos?Adakah susah? Adakah semua pelajar yang membuat permohonan pertukaran kos akan mendapat kos yang mereka inginkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.. temuduga tu xdelah ssh sngt.. saya sblm ni dri physical science---> Engineering... soalan basic dia tanya sbb pe nk tuga dan tgk result jgk... :D Klau koata masih ad inshaaAllah blh...

      Delete
  41. Assalamualaikum brother Ikhwan, Zue minat sangat nak sambung medic dekat UIA time degree, so Zue letak asasi sains hayat pilihan 1 dalam UPU sebab syarat kelayakan untuk asasi perubatan tak lepas. Then, after tempoh kemaskini UPU tamat, Zue baru dapat info drpd kawan cakap yang sains hayat UIA tak boleh pursue medic time degree. Menyesal sangat sebab tak buat research elok2 sebelum ni. Now, Zue memang betul2 dapat sains hayat UIA. Zue ada baca brother Ikhwan reply kat comment2 before ni yang kalau result gempak, insyaAllah boleh tukar course. Tapi Zue still risau, betul ke still ada peluang tu sekarang ni sebab sekarang kan ramai students yang pandai giler. And kalau boleh pun, Zue takut Zue je yang gagal dapatkan result gempak tu. What's your opinion? Brother Ikhwan rasa, Zue patut masuk UIA jugak ke or should I just choose matriks? Your help sangat dihargai... thank you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... first mmg bdk biosecience xleh pursue medic time degree. jadi salah tu nak masuk medic result gempak dan apa yg saya tahu at least pointer 3.8-4.0 untuk memblhkan sesorg tu layak ambik medic.. Sebnrnya pasal qoata tu dlm satu batch xsemua bdk medic ni perform... mungkin ad yg down so untuk mereka yg gagal achieve pointer yg layak akan ditendang ambik course lain like biomedic, etc...

      Jadi nasihat saya kalau awak betol2 minat nak sambung medic dan yakin awak blh score truskan kat uiam.. Dan klau awak rasa kurg pasti blh apply msk matrik.. Dan masuk matriks pon untuk further study time degree result pon kena gempak... Apa yang penting yakin dgn keputusan awak.. Dan klau di uiam awak boleh spend masa 2tahun.. Dan setiap sem tu subjek yg kena ambik pon xdelah banyak compare dgn matrik.. Apa2 pon cubalah buat solat istikharah mintak petunjuk untuk dpt keputusan yg terbaik dlm hidup awak... :D

      Delete
  42. Assalamualaikum saudara ikhwan....saya dpt tawaran asasi kejuruteraan dan sains komputer di uiam...saya nak tanya byk ker cabang dlm bidang ni utk degree? Boleh tak saudara Ikhwan senaraikan bidang2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... saya listkan major yang awak boleh ambik

      1] Material engin
      2] manufacturing engin
      3] mechatronic engin
      4] Automotive engin
      5] Biochemical engin
      6] Aerospace engin

      Dan klau xsilap batch awak akan ad civil engineering...

      Delete
  43. Degree untuk lepasan budak asasi sains fizikal berapa tahun eh? Harap dpt membantu. Terima kasih

    ReplyDelete
  44. Degree dekat uia standard berapa tahun ye

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum saudara , mana better lg Matrik ka Asasi Uia ? Saya ditawarkan asasi kejuruteraan dan komputar sains Uia tp tak tahu nk pilih mana .. dan saya bukan dari budak sek agama .. takot nnti failed pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually sama je.... asasi kelbihan nya klau awk failed paper tu blh repeat..xmcm matrik..sy pun bknlah berlatarkan pljr aliran agama... InshaaAllah semuanya ok je.. :D

      Delete
  46. Apa yg akan ditanya masa test Arab dan Tilawah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arab soalan style ala2 pmr... tilawah baca quran je.. :D

      Delete
  47. Salam....permohonan saya ditolak untuk asasi bi walaupun saya layak....perlu kah saya kekalkan program itu atau ubah dgn program lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan baik awak try apply course lain..itu pendpt sy je.. :D

      Delete
  48. assalamualaikum, saya nak tanya, saya dapat asasi sn fizikal tapi kalau saya nak tukar kpd asasi kjuruteraan dan sn komputer slps cukup satu sem , burn tak cgpa sem 1 sy? kena catch up balik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x...subjek sains fizikal n engin sama.. :D

      Delete
  49. assalamualaikum , sy nk tanye. Kos sn hayat & sn fizikal still kat pj lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu sy xpasti... tg offer latter... :D

      Delete
  50. Salam . Saya merupakan seorang pelajar lepasan spm n saya ada dpt offer drpd uiam utk course foundation in English . N saya difahamkan yg akan ada ujian English placement test (EPT) dgn Arabic placement test (APT) semasa ta'aruf week . Saya nak tanya soalan jenis apa yg akan ditanya utk ujian Arabic placement test (APT) tuu n mcm mana kte nak jawab ujian tuu klau kte mmg langsung takda basic n knowledge in bahasa arab ? Harap saudara dpt memberi penerangan yg jelas berkaitan dgn soalan saya ini . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..mmg ad.. untuk ATP tu style mcm pmr... ad bina ayat..betol kan ayat... basic... sy dulu pon xde basic ...so Masa ATP tu tinggal kosong mcm tu jelah.. hihihih

      Delete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ad...rasanya yg borg rayuan kot blh buat...hahahahahah

      Delete
  52. Abang... SPM saya dapat 10A, saya rasa sy nak apply asasi UIA lah. Layak tak? hehe..

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum wbt, saya nak tanya asasi uia gambang kena bawak iron dgn iron board tak? Thank you 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. better bwk.. rasanya mmg iron xdsediakn... iron board guna meja stdy beralaskn kain.. :)

      Delete
  54. Assalamualaikum. Nk tnya, klau nk tukar kos mmg kena tnggu hbis 1 sem? Then klau dpt tukar kos, kiranya kos yg baru tu dh rugi 1 sem la?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... biasanya mcmtu... depend pada course awk nk tukar.. contoh klau physical science ---> engine sem yg lps masih dikira... sebbnya belajar bnde yg sama je..

      cnth: phrmacy ---> medic , bio ---> dentis , sem tu trus dismbung... :D maksudnya xrugilah sem tu.. klau awak dri physical science ---> HS bru sem lama tu dikira burn

      Delete
    2. Terima kasihhhh :D

      Delete
  55. Assalamualaikum..nk tny lau asasi undang2 tu prlu ada sbjek b.arab ke masa spm...lau xambk sbjk b.arab time spm mmg xblh eaa?

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum..uiam ade kos syariah islamiah tak.apa kelayakan untuk kos syariah islamiah.mohon penjelasan.terima kasih

    ReplyDelete
  57. Uia ada third intake ke?

    ReplyDelete
  58. Salam sy berminat nk sambung asasi perubatan...tp sy pelajar sastera..n sy merupakan pelajar spm taun ni...nk add sub2 sc memang xleh dh,sy berajat nk mgulang spm tu ambk sub bio n kimia....blh ker sy buat cm tu semata2 nk smbung perubatan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke ulang spm aliran yang lain?

      Delete
    2. 1. Siti: boleh klau ianya memenuhi syarat kelayakkan kat atas...

      2. anonymous:.kalau awak sanggup nak ulang SPM boleh.... Calon persendirian...

      Delete
  59. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  60. Asalamualaikum, ikhwan . Saya ingin menerus degree dlm medic apekah asasi yg patut saya mohon sebab ade asasi yg tidak menawarkan medic untuk degree. Dan perlu ke mencapai 3.8 -4.0 pointer atau ditendang ke bidang lain. Saya mengharapkan penjelasan terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... ikutkan ap yg saya tahu di uia asasi medic dah disediakan.. jadi maknanya, klau saudara mengisi upu dan memilih uia pastikan saudara memilih asasi perubatan jangan memilih asasi sains hayat... kalau asasi universiti lain saya tak pasti mungkin kebanyakkan
      konsepnya sama dengan matrik...

      Dan mengenai pointer mmg klau bdk2 medic wajib dpt 3.8 keatas untuk teruskan dlm bidang perubatan time degree nanti..

      Delete
  61. Assalamualaikum brother, sy bukan bumiputra. Ade ke cara untuk ambik kos senibina. Atau selain dri masuk uia

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau betol2 berminat nak sambung kos senibina, awak blh try apply private university...

      Delete
  62. Bagus entri Ikhwan yg ni. Boleh dijadikan rujukan adik2 yg nak sambung belajar :)

    ReplyDelete
  63. Salam asasi sains kemanusiaan memang terhad kepada pelajar aliran sasterake? Tadak peluang ke umtuk pelajar aliran sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya macam tulah.... Mcm kawan saya dari science tukar ke sastera... tapi syaratnya awak kena hbiskan dulu 1 sem..

      Delete
  64. salam,nk tnya boleh?? sy berminat dlam bidang SYARIAH ... ada tak bidang tersebut di UIAM??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.... awak blh ambik bidang law.. then bila di peringkat degree blh apply bachelor of law shariah... blh rujuk kat sini http://www.iium.edu.my/programmes-courses#pg_irkhs

      Delete
  65. Salam. Ada x bidang sejarah dan tamadun islam di uia dn apakh syarat kelayakannya ? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam... klau diperingkat asasi awak blh apply human science... dan bila nak sambung degraa awak blh ambik kos yg berkaitan dengan sejarah
      dan ketamadunan ni... blh rujuk kat link ini untuk tahu lebih lanjut.. http://www.iium.edu.my/programmes-courses#pg_irkhs

      Delete
  66. Salam tuan anak saya nak mohon ke matrik uia...boleh tuan kongsikan cara hendak memohon kat sini

    ReplyDelete
  67. Salam tuan ...anak saya berminat nak mohon matrik uia..boleh tuan kongsikan...cara2 memohon kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... encik boleh memohon melalui UPU untuk lepasan SPM dan Diploma

      Delete
  68. Jika gagal umtuk smbung degree selepas asasi law..bleh aply upu lain ke untuk u lain for futher study..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi peluang nak dpt tu susah sikit.... Sbbnya Syllabus UIA tak sama dgn u lain...

      Klau dari asasi uia awak jgn bimbang.. lepas x tak letak tepi dulu sebbnya selagi awak tak lepas asasi selagi tu tak bleh continue degree. Maskudnya, awak tetap akan lepas dan ikut perkiraan pointer requirement untuk course tersebut. Kalau pointer tak lepas awak akan ditolak ke course yg lain.. :D

      Delete
  69. saya ingin bertanya , klau asasi UIA ade elaun kan , boleh saya tahu jumlahnya?? utk asasi sahaja ke? bagaimana klau nnti smbung degree utk pergigian? adakah elaun yg sama akan diberikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, elauan yg diberi oleh KPTM.. nilai sama macam student matrik.. RM250 sebulan. untuk 1 sem RM1000+... degree xde elauan cuma scholarship ataupun pinjaman sahaja, cnth : JPA, PTPTN

      Delete
  70. assalamualaikum bro nk tanye kalau asasi ba ape je bidang pekerjaan yg ditawarkan? tq

    ReplyDelete
  71. assalamualaikum.. nk tanye kalau amik asasi ba ape je bidang pekerjaan yg boleh diceburi? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... maaf soalan ni diluar bidang saya.... saya lebih kepada kejuruteraan... :D

      Delete
  72. Assalamualaikum. Maaf kalau soalan ni prnah ditnya. Uia benarkan tak lepasan asasi untuk mohon degree di ipta lain? Saudara ada kenal lepasan asasi uia yg mohon degree ipta lain?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... boleh je kalau nak sambung ke ipta lain.. Tapi ianya agak sukar sebab silibus di asasi uia xsama dengan asasi2 lain.. Jadi jika berminat nak sambung di Ipta lain time degree saudara/ri perlu kerja kuat sikit sebabnya untuk UPU uia xdilistkan... Maksudnya atas nasib jelah.. Macam kawan saya dari Uia---> Usm.... Tapi menaganggur dulu setahun dan bila buat rayuan baru dapat..

      Delete
  73. Assalamualaikum.. sy bakal mndaftar di cfsiium 26 okt ni (third intake).. sy nk tnya, tak apa ke kalau kita bru nk byr yuran di bank pada hri daftar sebelum pergi mndaftar?.. kerana di surat menyatakan byr sebelum hri mndaftar.. tp atas beberapa masalah sy hnya boleh mmbyr pada hri pendaftaran.. hrp dpt mmbntu.. tq in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je..yang penting masa pendaftaran tu resit pengesahan pendaftaran dibawa... InshaaAllah boleh..

      Delete
  74. assalamualaikum...saya nak tnya nie...kalau msuk UIAM kena ambik exam BI n BA kannn???tp mcam mna kalau xda basic BA??

    ReplyDelete
  75. Kalau lepas asasi di uia nak sambung degree di universiti lain boleh ke??

    ReplyDelete
  76. Assalammualaikum, jikalau saya tak dapat course yang saya hendak, saya boleh perform betul-betul dan boleh mohon untuk tukar course kan? Contohnya dari Sains Hayat ke Farmasi. Boleh saya tahu berapa lama saya perlu tunggu untuk tukar course? Selalunya satu sem berapa lama ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... betul bolleh tukar kos... tunggu hingga habis sem dan 1sem biasanya 4-5 bulan...

      Delete
    2. dan biasanya untuk kos seperti medik,farmasi,dentis... klau pointer tinggi awak akan terus ditawarkan kos ni(untuk budak bio sc&Allied Health Science

      Delete
  77. Boleh nak tau contoh peluang kerja dalam bidang Ekonomi dan Sains Pengurusan

    ReplyDelete
  78. Assalamualakkum.. uia memang tawarkn course utk asasi shja ke klau diploma ada tk ? Klau ada boleh tk saudara senaraikn dan apa syarat klayakkn ye.. hrap dpt membantu.. trima ksih

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum. Sy ada soalan. Asasi sains hayat bagi keutamaan pd pelajar cemerlang 9A shj atau mengambil juga pelajar spm yg dpt 6/7/8A ? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.... biasa budak straight's A klau masuk asasi uia diorg akan pilih asasi perubatan.. InshaaAllah, yg dapa 5/6/7 tu peluang mmg cerah untuk asasi sains hayat...

      Delete
  80. Assalamulaikum. Nak tanya sikit boleh. saya still confuse psal kos bagai ni. kalau mcm saya, saya minat dgn subjek fizik and ade suggestion tak kos mne yg sesuai dipilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... untuk subjek fizik awak boleh ambik engineering, physical science... then klau still minat nak further ur degree dalam fizik seeloknya untuk peringkat asasi ambillah asasi physical science sbbnya time degree nanti boleh pilih major physics...

      Untuk engineering... time degree awak boleh pilih major awak.. Contoh material engin, automotive engine, aerospace engin, manufacturing engin dan civil engin.. So, pilihlah major yang ad kaitan rapat dgn fizik.. :D

      Delete
  81. subjek physical science ni gune matematik banyak tak

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum..

    Nak tanya,
    UIAM ada x asasi sains sosial?

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum.
    nak tanya. selalunya untuk asasi undang2 , ilmu berteraskan wahyu, dan asasi arab brpakah syarat minimum untuk diterima masuk? kerana saingan semakin tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarat kat atas tu boleh dikatakan syarat minimum.... :D boleh baca..

      Delete
    2. Kalau 7A adakah mudah menempatkan diri bg asasi yg sy nyatakan ataupun kebarankalian sgt rendah? Dan bahagian aliran tidak brp strong sbb dy mmilih asasi yg tiada kaitan dgn subjek aliran. :)
      Terima kasih krn sudi menjawab

      Delete
    3. berangkalian tu inshAllah tinggi.... Tapi bila awak apply contoh asasi undang2 pastikan strong dalam subjek sejarah,bi, dan jika awak ada bahasa arab ianya satu bonus... Kalau asasi ilmu wahyu n bahasa arab kebiasaan untuk pelajar aliran arab dan strong dalam subjek2 berkaitan...

      Kalau boleh elak dari memilih course yang takde kaitan dgn aliran awak. Ini pandangan saya sahaja... :D

      Delete
  84. Okokk. Thanks for replying my questions that huntering my mind. May allah always bless you.:) pray for my spm result 2015.

    ReplyDelete
  85. saya nak masuk um lepas habis asasi uia boleh tak? ada kawan2 bro yg berpengalaman? selain "tanya uni tersebut" boleh share steps seterusnya tak? TERIMAS!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak boleh je guna try n error method... maksudnya isi je upu mcm student asasi lain.. bila xlepas buat rayuan dan tunggu lah result rayuan tu mcm mana.. Tapi klau cara ni makan masa sikit sebabnya biasa awk mmg perlu register ke uia dulu sementara tunggu rayuan tu.. :D Selamat berjaya

      Delete
  86. Assalamualaikum saudara, sy seorang lepasan spm yg tak ambil arab tinggi masa SPM. Tp saya sgt berminat nak ambil ilmu wahyu, memang takde peluang ke utk sy ambil kos ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... rasanya peluang tu tipis sebabnya awak mmg perlukan arab tinggi/arab komunikasi untuk lepas kos ni...

      Delete
  87. Assalammualaikum brother.
    Saya memang nak masuk UIA, tapi saya risau sangat result SPM saya tidak berapa nak cemerlang dan menyebabkan saya tidak dapat course yang saya hendak, iaitu Asasi Farmasi. Kalau saya dapat masuk UIA tapi dapat course lain, masih adakah peluang untuk saya tukar ke Farmasi? Setahu saya, kalau nak masuk degree Farmasi di UIA, kena ambil asasi Farmasi di UIA juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... awak boleh mintak sains hayat/biological science... dan pastikan setiap sem pointer gempak.. InshaaAllah lepas untuk mintak farmasi... :D

      Delete
  88. Assalamualaikum. Saya nak tanya saya ni candidate spm 2014. Dan saya nak amik asasi bi tapi bi saya B+ je. Tapi saya dah amik muet dan dapat band 4. So macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.. saingan tu ad sis.. kebiasaanya diorg akan pilih yg teratas dulu. Sis boleh cuba klau nak... Daan untuk asasi biasanya tak titikberatkan muet. Tapi seperti yg saya katakan saudari boleh cuba.

      Delete
  89. Salam. Time asasi sains saya tak amik subjek biologi, boleh ka saya nak sambung ke ijazah farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh.. untuk asasi uiam ianya dah tersedia khusus untuk asasi farmasi... so untuk sambung degree in farmasi awak kena ambil asasi farmasi @ asasi sains hayat. Untuk sains hayat tu pun mesti result gempak baru pihak atas offer untuk degree in pharmacy,,

      Delete
  90. As salamualaikum ,nk tnye, asasi syariah atau asasi ilmu pengetauuan wahyu yang lagi banyak saingan di UIAM????

    ReplyDelete
  91. Assalamuakaimum....nk tanye....pelajar yg tamat asasi ekononi akan terus dpt course ijazah perakaunan ke kalau cukup syarat ataupun perlu bersaing dgn pelajar lain???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.. yg ni saya tak pasti sbb saya lebih kepada bidang engineering... InshaaAllah awak akan dapat bidang yg awak nak yg penting pointer ok.. :D

      Delete
  92. assalamualaikum,semua yg nk masuk uiam ni mesti tahu bahasa arab?dulu saya x ambl klz arab bolh dpt uiam x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... xpe kalau takde basic arab pun tapi awak kena blaja arab di asasi nanti... :D

      Delete
  93. Assalammualaikum.. sya nak tanya.. Asasi undang2 kena ambil subjek bahasa arab ke masa spm? Mksud saya,yg tidak ambil bhasa Arab tak boleh apply?

    ReplyDelete
  94. Assalamualaikum , nak tanyaa yang uia je ke yang kalau ambil science hayat tak boleh sambung degree in medic ? ^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... asasi lain saya tak tahu.. actually budak sains hayat di asasi uia masih berpeluang nak ambil degree in medic syaratnya kenalah score pointer kasi gempak. Secara automattiknya pihak atasan uia akan offer diorg ni untuk further dlm bidang perubatan/pharmacy/dentistry....

      Delete
  95. Salam, saya nak tanya .. dapat ke saya mengambil asasi sains pertanian dengan bantuan addmaths dan addsains dan tanpa subjek bio,chemis dan physics? Sebab saya bukan dari aliran pure sains.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasi sains pertanian kalau di asasi UIA macam tak pernah dengar... Kalau untuk asasi lain saya tak tahu. So tak bleh nak bagi jawapan. Maaf

      Delete
  96. assalamualaikum brother ikhwan , sy nk tnye . SY student aliran sains tp sy lebih brmint ke arah asasi sains kemanusiaan . Adkh sy brpeluang tuk apply foundatoin HS ni ? or HS ni hnya spesific untk student aliran sastera sahaja ?? mohon pncerahan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm... ini hanya pendapat saya...

      1) kalau betul2 berminat nak ambil HS awak boleh try letakkan HS sebagai pilihan utama semasa awk isi form UPU. Tapi buatkan backup course yang sesuai dengan aliran awak,maknanya letak pilihan ke2 dan keterusnya yang berkaitan dengan aliran sains. Tapi mungkin cara ni ada kesan buruknya.

      2) Isu UPU ambil course yang hanya berkaitan dengan awak. kalau dapat, Try dulu belajar untuk sem 1 tengok serasi ataupun tak, kalau masih berminat kearah HS awak boleh apply change course.

      Bagi saya, saya lebih prefer awak ikut method no.2... :D

      Delete
  97. Salam. Saya dapat 5A dlm subjek bm,bi,sej,pendidkan islam dan sains tapi matematik saya D. Ada peluang ke sy sambung ke asasi undang2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsslm.. kalau diikutkan syarat pelepasan mathematics awak perlu kredit sekurang-kurangnya dapat gred C.. Tapi untuk keterang lebih lanjut boleh try call pihak uia sendiri takpun pergi ke website www.iium.edu.my

      Delete
  98. salam, nak tanya. ni syarat kelayakan untuk asasi farmasi kene sekurang-kurangnya B+ biology and chemist ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah syarat minimum... :D

      Delete
    2. assalamualaikum,abg ikwan...sya brmnat dlm bdg undang2 tpi bio,chem,add math n math sya hanya llus ats jew...sya nk buat mcm mna erk???

      Delete
  99. Salam. Kalau sy nk apply asasi ekonomi dn sns pengurusan tp bi saye c+. Agak² ada peluang tak?

    ReplyDelete
  100. Salam..kalau saye nk apply asasi ekonomi tp bi sy c+ ade harapan tak?

    ReplyDelete
  101. Salam..en. ank sy brminat nk apply asasi sains fizikal. Tetapi requirement utk add math C+. Sdgkn result sbnr C. Klykkn subjek lain ok. Masih blh apply ke & jika bole..boleh x di ltkkn pilihan pertama. Mohon pcerahan..tkasih

    ReplyDelete
  102. Salam,nak tanya bro ikhwan kata mostly asasi pergigian pelajarnya min 8A,tp Klau dpt kurang drpd 8A sbg cth 5A atau 6A dan memenuhi syarat minimum kelayakan seperti yg dinyatakan d atas,adakah permohanan tersebut boleh dipertimbangkan???

    ReplyDelete
  103. Salam,bro ikhwan kata mostly asasi pergigian pelajarnya min 8 A dlm spm,tp sekiranya result kurang drpd 8A sbg cth 5A,6A or 7A ttp menepati syarat kelayakan minimum seperti mendapat B+ dlam subjek seperti bio atau chemist,adakah permohanan tersebut boleh dipertimbangkan atau sebaliknya.harab bro ikhwan boleh menjawab soalan....

    ReplyDelete
  104. Assalamualaikum. Saya mendapat 2D untuk subjek sains tapi Alhamdullilah subjek lain memuaskan dan menepati kelayakan. Boleh ke sy memohon untuk asasi undang undang ?

    ReplyDelete
  105. assalamualaikum,saya dapat 5a sej,econs,science,agama and english... tapi math saya dapat b+. saya naksambung belajar di asasi econs masih boleh apply ke walaupun syarat min dia math kena dapat a-? sebab kelayakan min english saya dah lepas dan ekonomi saya dapat a+.

    ReplyDelete
  106. salam, sy pelaja lepasan spm 2015. keputusan sy BI A , pendidikan Islam B+, tapi Math sy D , mmg tak dpt la kan jwbnya? hmm, lagi satu, semua pelajar asasi wajib ke tinggal di asrama? sbb rumah sy dkt je dgn uia, igt nak berulang-alik je .

    ReplyDelete
  107. Salam. Sy apply asasi ekonomi dn sains pengurusan. Tp bi sy dpt c+, masih ade peluang tak?

    ReplyDelete
  108. Salam... kalau saya nak apply untuk sains hayat dan keputusan saya memenuhi syarat minimum KECUALI chemistry (saya dapat C), layak tak kalau saya nak cuba apply? Mohon pencerahan ya...

    ReplyDelete
  109. Assalamualaikum. kalau aliran sains tp nak ambik asasi sains kemanusiaan boleh jekan?

    ReplyDelete
  110. assalamualikum,abg ikhwan...sya brminat dlm bdang undg2 tpi bio,chem,add math n math sya hanya llus atas jew???sya nk buat mcm mna erk???

    ReplyDelete
  111. Salam. Kalau saya nk ambil asasi bahasa arab tkpa ka kalau add math saya D, biology B+, chemistry C, physic B? Asasi bahasa arab ni ramai saingan tak? dan lepas asasi ni perlu smbung degree dlm kos yg sama ka? maaf saya masih kurang faham. mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  112. salam, kalau syarat kelayakan minimum untuk asasi kemanusiaan/senibina/ekonomi lepas tetapi hanya mempunyai 3a adakah pihak universiti akan melihat bilangan a juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mestinya.. apa yang dapat saya katakan mungkin bergantung pada nasib jugak.. Awak boleh try isi UPU jika syarat minimum lepas tapi mungkin saingan tu ad.. InshaaAllah andai ada tak dapat buat permohonan rayuan untuk intake setursnya. Biasanya ada 3 intake keseluruhannya.. :D

      Delete