MENJADI INSAN YANG BERJAYA

Assalamualaikum w.b.t




Mungkin ada yang menganggap berjaya itu umpama satu permainan dalam hidup. Ada orang yang malas belajar berjaya menjadi jutawan tapi sebaliknya berlaku kepada orang yang berpelajaran. Teringat aku akan satu pesanan seorang insan kepada diri ini. Belajar itu perlukan permulaan yang baik. Permulaan itu adalah niat iaitu menuntut ilmu hanya kerana Allah semata-mata tanpa mempunyai sebarang niat yang menentang arus yang betul. Jadi hari ini ingin aku kongsi beberapa pesanan Luqman al-hakim untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Moga membawa manfaat dan dikongsikan bersama kita semua.InshaaAllah.

1] Menyentuh soal akidah kita semua. Tidak terlibat dalam mana-mana perbuatan yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Orang yang menyekutukan Allah ini merupakan mereka yang hilang kebergantungan kepada Allah. Tidak memohon sesuatu daripada Allah tetapi mempercayai perkara yang bertanangan dengan akidah yang diajar orang Rasulullah saw. Dan ingatlah perbuatan ini merupakan dosa besar dan tidak diampunkan oleh Allah swt.

"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya:"Wahai anakku kesayanganku, Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Luqman :31) 

2] Dalam surah luqman menyentuh juga perihal solat. Untuk menjadi seorang yang berjaya solat mestilah dilaksanakan 5 kali dalam sehari. Solat merupakan medium untuk kita berhubung dengan Allah swt. Mengakui diri ini adalah hamba kepada Yang Maha Berkuasa. InshaaAllah Allah menolong insan-insan yang menjaga solatnya.

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya , ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, kepadaKu jua tempatmu kembali." (Luqman:41)

3]Dalam surah luqman juga ada memperkatakan perihal berbuat baik kepada ibu dan bapa. Untuk mendapat keberkatan hidup restu daripada mereka perlu dipinta. Mengikut segala suruh mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah. 

RELEKSI DIRI KITA SEMUA

Jadi berjaya bukanlah hanya diukur dari luar sahaja. Aspek dalaman rohaniah perlulah selari dengan luaran. Menjaga hubungan dengan dengan Allah sebagai pencipta dan Tuhan yang mentadbir sekalian alam. InshaaAllah bersama-sama kita memperbaiki kekurangan yang ada kerana diri kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. InshaaAllah. 
MENJADI INSAN YANG BERJAYA MENJADI INSAN YANG BERJAYA Reviewed by ikhwan yusuff on 14:49:00 Rating: 5

9 comments:

  1. orang yang berjaya ialah orang yang seimbang luaran dan dalaman :)

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua dpt menjadi insan yg berjaya di dunia dan juga akhirat... aamiin..

    ReplyDelete
  3. Zumal pun ingin menjadi insan yang berjaya...

    ReplyDelete
  4. Ingin jadi insan yang berjaya & berguna dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  5. semoga kita menjadi manusia yang ebrjaya di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  6. terima kasih semua sudi baca blog ini. :ng

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..nak tanya sikit psl uia ni.knpa masa nk isi upu x ada pun uia.sy bercita2 sgt nk sambung asasi b.arab di uia.ajarkan saya boleh.ni emel sy wshafiq1998@gmail.com

      Delete