Header Ads

ad

PUSAT ASASI UIAM

Assalamualaikum w.b.t

Snap Gambar Pak Cik google

Hari ini  terasa rajin  pula nak bagi penerangan pasal Asasi UIAM(Centre For Foundation Studies).Idea nak tulis ni datang bila terfikir mungkin adik-adik lepasan SPM masih tercari-cari tempat untuk belajar.Mungkin dengan sedikit penerangan ni aku dapat bantu korang semua. Sebelum tu boleh baca syarat-syarat kelayakan ke Asasi UIAM.

Firstly,bila korang berminat nak pergi asasi UIA ni perkara pertama yang korang kena tahu ialah korang semua wajib belajar Bahasa Arab tak kira korang semua datang dari aliran Arab ataupun tidak.Sebelum proses Kuliah bermula pelajar-pelajar akan menduduki dua ujian iaitu EPT(English placement Test) dan APT(Arabic Placerment Test).Ujian inilah yang akan menentukan masa belajar korang samaada 2 tahun,1tahun ataupun 1 setengah tahun(Biasa hanya untuk budak engineering).Jadi bagi pelajar yang datang daripada sekolah aliran biasa memang dah pasti korang akan belajar selama 2 tahun kat situ.

Pasal EPT dan APT tu nanti aku akan terangkan bila ada yang request nak tahu.Berbalik kepada Course yang ditawarkan,pasti sesama korang isi UPU tengok baik-baik course yang korang nak.Asasi UIA ni tak sama dengan Pusat Asasi lain seperti UITM dan UM.Sebab apa?Sebab sama di asasi korang semua dah disusun mengikut course masing-masing.Ada Faham?Senangnya macam ni kalau UM dan UITM korang boleh pilih antara Physical Science ataupun Biological Science dan bila lanjutkan pelajaran ke peringkat Degree korang akan tentukan sendiri course apa yang korang minat.Tapi di UIA terdapat banyak course yang ditawarkan:

(klik untuk tumbesaran)

Ini baru sikit aku senaraikan ada banyak lagi.Dalam bidang Bahasa Arab pun ada.Sebab apa aku highlight pada pemilihan course ni majority pelajar bila nak apply untuk tukar program alasan yang diberikan ialah tersalah isi masa UPU.Jadi decide baik-baik apa yang korang minat sebelum isi borang tu.Dan mengikut salah sorang kawan aku(Budak Medic) bagi mereka yang ambik medical biasiswa JPA dah ada dalam tangan.Apa yang penting score pointer elok-elok(above 3.75).Cukup dulu untuk setakat ini.Mungkin lain masa aku cerita lagi pasal ni dengan lebih mendalam kalau ada yang berminat.^0^


19 comments:

  1. alamak.. dah grad :) tak de la nk pergi asasi lagi.. huhu

    ReplyDelete
  2. T kasih diatas perkongsian Ikhwan.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ikhwan.. :D
    K Idah datang jalan-jalan BW… selamat berkenalan…

    ReplyDelete
  4. sangat bermanfaat maklumat ini untuk pelajar lepasan SPM yang akan melanjutkan pengajian..

    ReplyDelete
  5. dulu zizie mnx asasi uitm dgn asasi uia.. pastu terpisah dgn member, dy dpt uia, zizie uitm.. huhu...

    ReplyDelete
  6. Huuuuu. Sekarang asasi Uitm. Hehe.

    ReplyDelete
  7. ujian bahasa arab 2 sama dengan yang belajar mase spm ker???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin xde sampai peringkat SPM kot....contoh soalan:Bina ayat berdasarkan gambar..buat karangan...cari perkataan seerti...

      Delete
  8. ujian bahasa arab 2 same macam apa yg kiye belajar semasa spm ker???

    ReplyDelete
  9. bagus info ini tuk pelajar2 lepasan SPM yg nak masuk ke sini...zaman sis dh lama berlalu... :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih cik ikhwan :D
    Hehe.
    Qila ada google jugak pasal EPT & APT tu. Heee.
    Qila mmg 2 tahun lah tu hihi.
    Tak sabarnya nak belajar arab! Qila semangat ni hehe :D
    Doakan qila ye cik ikhwan :DD

    ReplyDelete
  11. Salam bro, if kite nak jadi cikgu kimia misalnya. Asasi apa kite perlu ambil?

    ReplyDelete
  12. Salam bro, if kite nak jadi cikgu kimia misalnya. asasi apa yg kita perlu ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam... klau nak asasi uia blh try apply physical science sbb degree boleh sambung dalam chemistry.. rasanya klau asasi lain biological science kot.. :D

      Delete
  13. pasal ujian ept n arab tuh untuk budak engineering je ke? susah x nk lepas spye dapat 1 thun je pengajian. sye dpt assi kejurutraan dn sc comp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pelajar akan ambik EPT dan APT... klau bi tu okay kot.. soalan nak seakan sama dn muet... klau awk ad basic arabic inshaaAllah 1 tahun tu blh... untuk engin 1 thn setengah pon ad..

      Delete
  14. salam, saya dpt tawaran untk asasi kejuruteraan n sc comp di uia . so, di kmpus mana saya akan ditempatkan n bleh ke saya smbung degree di tmpt lain selain uia?

    ReplyDelete
  15. tumpg tanye////if sy dpt asasi ba but i want to switch to asasi sains hayat??? is it can??? any useful advice?? i want to be a surgeon actually,,, kiki :)

    ReplyDelete
  16. Camne nak tahu saya dpt 1 tahun atau 2 tahun....saya dtg dri program fast track...tpi course target sy bahasa arab....ade cara x utk tahu tempoh kita

    ReplyDelete